Kesyukuran hanya layak dipanjatkan kepada Mu Ya ALLAH, atas kurniaan rezeki yang tidak pernah padam.
Kesihatan yang baik sehingga ibu mampu untuk menjalankan ibadah dengan baik, menguruskan kerja rumah dan mencari rezeki yang halal
Rumah yang luas dan selesa untuk kami sekeluarga berlindung dan memanfaatkan masa bersama
Makanan yang melimpah ruah, tidak pernah sehari pun kami kesuntukan wang sehingga tiada apa yang boleh dimakan. Ya Allah berilah aku kekuatan untuk sama membantu saudara yang tidak bernasib baik
Suami yang menyayangi dan sentiasa memahami, menyokong dan menjadi tulang belakang yang kuat dalam setiap perkara yang ibu lakukan
Anak-anak yang sempurna, sihat dan yang paling penting, anak-anak ibu semuanya baik-baik, pandai, bijak, anak yang soleh juga solehah
Keluarga yang baik dan memahami, sangat membantu dikala kesusahan, gembira dikongsi bersama InsyaAllah.
Terlalu banyak nikmat pemberian sehingga tidak dapat diungkap semuanya. nikmat Iman dan Islam yang sangat besar nilainya.
Hari ini genap umur ibu 32 tahun jika dikira dalam tahun Masihi, sungguh terharu kerana ramai yang mengucapkan 'Happy Birthday, Selamat Panjang Umur, Selamat ulangtahun' tidak kira lah di Facebook atau SMS dan lain-lain. Terima kasih semua atas ingatan. Sungguh peranan fb amat positif dalam mengeratkan silaturrahim antara kita kan? Walaupun ada yang ibu sendiri tidak kenal hanya melalui fb tapi anda adalah inspirasi dan pemangkin semangat. Terima kasih sekali lagi.
Semakin meningkat usia semakin pendek usia kita sebenarnya kan? Semakin dekat kita akan mengadap Pencipta....
Ibu pernah terbaca dalam Buku Rancang Hidup Rancang Wang tulisan saudara Hamdi;
Jika hendak mencuba sesuatu biarlah sebelum umur 35 tahun kerana kita masih banyak tenaga
Ya memang ada benarnya, jika hendak mengandung pun biarlah sebelum 35 :) kerana mengandung di usia lewat ada risikonya. Ibu masih punya ruang untuk mencuba sesuatu yang baru, jika hendak mulakan diusia tua bimbang takut tidak kesampaian dengan keterbatasan masa dan tenaga yang ada.
Sambutan hari lahir? Memang tiada apa-apa sambutan hari ini kerana ibu dan abah puasa hari ini. Malam nanti jika ada perubahan plan, itu pun belum tahu lagi. Ada perancangan untuk membuat perubahan pada tahun ini, hendak berikan hadiah pada orang lain. Bagi ibu memberi itu memberikan lebih kepuasan berbanding menerima apabila melihat orang yang menerima gembira.
Bila orang di sekeliling kita gembira sudah tentu impaknya kepada kita juga kan?
Macam bercucuk tanam, bila pokok yang ditanam hidup subur, sudah tentu kita yang terlebih gembira...
pokok buluh betung madu
pokok kelapa pandan dan pokok-pokok pisang :)
pokok kuinin
Ini ucapan hari lahir atau hari pokok sedunia? hehe
Apa-apa pun semoga anda semua gembira dan ceria hari ini kerana bila anda gembira ibu juga turut gembira :)
Selamat Hari Lahir Wan. Semoga Allah beri kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah supaya kita dapat membesarkan zuriat kita dan membimbing mereka ke jalan yang diredhaiNYA. Gembira bila lihat teman2 berjaya dalam kehidupan. Semoga Wan dan family berjaya diDUNIA dan di AKHIRAT. Aminn...
ReplyDeleteHari yang ceria la nih yer? Selamat ulang tahun, semoga bertambah murah rezeki dan diberkati.
ReplyDeleteselamat ulangtahun kelahiran kak wan..semoga terus berjaya..
ReplyDeletebila baca Anie tulis psl mengandung sblm 35 tu, tiba2 rasa mcm erm... mcmm tak banyak masa dah kalau nak tambah lg ni. huhu
ReplyDeleteIda,
ReplyDeleteAmin...amin, semoga kita sama2 berjaya...
Yang baik,
ReplyDeleteYa memang pun hari-hari ceria :)
Terima kasih!
Terima kasih banyak Amirah, doakan kebahagian Amirah sekeluarga juga :)
ReplyDeleteNur,
ReplyDeleteHaah, memang kita ni dah tak punya banyak masa... cepat-cepat :)