Jul 16, 2011

Western Day

Semalam makan nasi berlaukkan udang masak lemak kuning, ala-ala macam masak cili api juga tapi tiada gambar diambil :)

Hari ni sudah plan nak masak spaghetti dan mushroom soup, gigih ibu ke Tesco (ala dekat ngan kedai jer pun) membeli udang, dan bahan-bahan terlibat.
Memang western dari pagi ke petang. 

Pagi breakfasr dengan mushroom soup dan roti


Tengahari pula makan spaghetti :)


Sudah agak lama ibu tak masak spaghetti sebab setiap kali nak buat spaghetti mesti hasilnya adalah macaroni goreng..... kenapa pula jadi macam tu? Tanya abah....

Semalam pun bila ibu cakap nak buat spaghetti hari ini, abah pula cakap, buat macaroni lar... kalau asyik macaroni goreng jer, hilang skill ibu masak spaghetti nanti :D

Habis licin lencun sup dan spaghetti dimakan kami sekeluarga, tak sempat nak bagi pada jiran sebelah.

Umar bukan main makan seurat seurat spaghetti, ada skill menarik makanan macam hirup sup.

Petang tadi kami ke Taman Millenium, Kuala Kubu, menarik juga pemandangan di sini dengan tasik dan taman permainan. Jika adakan photoshoot family memang sangat sesuai kat sini.

Disebabkan tiada jurugambar profesional, jadi ibu dan abah menjadi jurugambar yang sangat bertauliah. Gambar-gambar akan diupload dalam entry yang lain yer.....

Mode Aiesyah berubah bila sampai ke taman sebab ada playground kat sini, janji kat rumah nak jadi model baju kurung ibu... sabor jer la...

4 comments:

  1. betul2 western ni...ani takut ilang skill masak spaghetti, saya plak belum tambah skill masak western food selain spaghetti..huhu

    a'ah cantek la tmpt tur..

    ReplyDelete
  2. sy pun tahu masak spaghetti dgn macaroni goreng jer pun :) hehe kalau lain2 memang fail juga .... :D

    cantik2, jom ler dtg sini byk tempat menarik kat sini dgn kolam air panas, air terjun, tasik...

    ReplyDelete
  3. mang cantik, ptg2 suke sangat pg sane time dok sn dulu...;)

    ReplyDelete
  4. Ye ke Siti Asiah, dulu duk mana? Darul Quran ke?

    Selamat berkenalan :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails