Skip to main content

Cabaran Ibu di Bulan Puasa

Selamat datang Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam seluruh dunia. Hari demi hari dirasakan sangat pantas, hari ini sudah masuk hari ke-11 puasa. Terasa sangat pantas masa berlalu.


Tambahan di bulan puasa masa sangat terhad, kalau boleh hendak penuhkan masa terluang dengan bertadarus dan perkara yang lebih baik.

Bagaimana untuk menjadi insan yang lebih baik? 


Begitu juga dengan ibadah puasa dan solat terawih, sempat ibu ke masjid menunaikan solat terawih dengan anak-anak. Tapi begitu lah gaya anak-anak berlari dan bermain sesama rakan sebaya mereka ketika jemaah sedang solat. Umar sangat senang diuruskan, bermain setempat dan duduk menantikan ibu solat untuk mendapat upah :)

Jika solat di rumah, anak-anak (Umar dan Aiesyah) menyanyi pula di tepi, bagaimana? Hakim akan ikut abah ke masjid, tapi itulah jika solat Isya' dan terawih semuanya 15 rakaat Hakim solat yang wajib Isya' sahaja :) itu lebih baik daripada hakim hanya di rumah dan tidak solat.

Bagaimana Ramadhan kalian tahun ini? Adakah lebih baik dari tahun lepas, sama atau sebaliknya. Bukan mudah untuk berjaya di dunia dan akhirat. Mesti ada perubahan, dan perubahan itu perlu dimulakan dengan hati. Niat yang ikhlas, lakukan hanya kerana Allah, bersangka baik dalam segala hal InsyaAllah jiwa pun akan tenang.

Selamat berpuasa, bekerja dan beribadah, gandakan ibadah kerana pahala yang berganda di bulan mulia ini. Semoga bersua lagi.

Comments

  1. insyaAllahh..moga ramadhan kali ni lebih baik

    ReplyDelete
  2. Sy pun tak sempat sgt nak tulis kat blog bulan puasa ni. Habis terawih biasanya dah mengantuk.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...