Skip to main content

Suami Yang Menggembirakan Isteri

Ini gelagat para suami isteri yang ibu perhatikan sepanjang berada di kedai. Suami yang baik menemani isteri membeli barangan keperluan dapur dan juga pakaian sendiri dan anak-anak.

Situasi A
Suami: Nak cari apa
Isteri: Sekejap lar nak tengok baju anak
Suami: Baju apa lagi...?
Isteri: Alah tengok-tengok jer dulu
Suami: Tak payah... jom sambil berlalu membawa troley dan isteri keluar dari kedai lalu mengekori suaminya

Situasi B
Suami: Baju anak tak ada lagi, cer tengok sini
Isteri: Haah.... yang ni cantik bang, ok tak?
Suami: Ermm ok tu.... boleh beli
Isteri: (Sambil senyum) ok, nak ambil yang ni satu lagi boleh bang?
Suami: Boleh, ok jugak tu... ambik2
Isteri memberikan baju-baju yang telah dipilih kepada cashier
Suami: Berapa semua? (sambil mengeluarkan dompet)

Antara gelagat suami isteri yang ibu temui di sini, alangkah seronok si isteri dalam Situasi B...
Situasi A biasanya berlaku bila suami tidak mahu layan read as suami kekurangan wang, duit yang ada cukup untuk beli barang dapur, ni kalau isteri beli baju nak bayar dengan apa? Dah tak yah layan :)

Situasi B bila suami baru dapat gaji, atau baru dapat bonus 'berkepuk' dari majikan seperti 2 minggu sebelum raya haritu.

Wahai suami, isteri memahami bila suami kekurangan wang jadi tidak perlu menunjukkan gelagat 'tidak mahu ambil pusing' buat-buat lah layan sebab isteri memang betul nak tengok bukan nak beli pun :)

Wahai isteri sentiasa faham situasi suami yang tidak suka tengok-tengok barang jika tiada wang di poket. Ada wang baru boleh pusing :)

Sekadar renungan di petang hari

Comments

  1. sentiasa faham sbb tu lebih selesa ada duit sendiri. tak payah tunggu suami bg duit baru boleh beli. huhu

    ReplyDelete
  2. ada kalanya situasi A jadi sbb kerenah isteri juga..tak sudah2 beli baju anak walhal ada byk lagi yg belum dipakai..hehee..


    nak tambah satu lagi situasi boleh?(suka2 jer ek

    Situasi C
    Suami: Baju anak tak ada lagi, cer tengok sini
    Isteri: Haah.... yang ni cantik bang, ok tak?
    Suami: Ermm ok tu....beli la
    Isteri: ok!
    Suami: Ambik la sepsg 2 lagi..
    Isteri: tak yah la..cukup la yg ni dulu (iskk...lari budget ni -Isteri as Finance Manager kat rumah)...hahaaaa

    ReplyDelete
  3. salam singgah,

    isteri yg qanaah...sentiasa merasa cukup.alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. @Nur
    betul, betul betul ... sokong sangat :)

    ReplyDelete
  5. @MamaYatie
    Harap-harap kita ni tergolong dalam golongan isteri yang bijak berbelanja...

    Situasi B sangat ketara masa dekat2 nak raya baru ni, maklumlah ramai dapat bonus :)

    ReplyDelete
  6. @tiefazatie
    No problem, sama-sama kita

    ReplyDelete
  7. @Tihana
    Setuju, semoga kita tergolong dalam golongan itu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.