Sep 14, 2011

Telur Ayam Tahi Ayam

Sebelum ini pernah timbul kes telur palsu, tapi ibu tak mahu sentuh bab tu hari ni.

Siapa kat sini yang tak suka makan telur? Ibu percaya ramai kita sukakan telur, bukan sahaja murah tapi senang untuk disediakan. Bila dah tak tahu apa nak masak, telur goreng dengan kicap pun jadi. Ada orang (lelaki tertutamanya) kalau makan nasi goreng atau mee goreng mesti kena ada telur mata.

Tak payah intro panjang-panjang, ibu nak kongsi tentang telur ayam yang kita makan sudah bercampur tahi ayam jika telur ayam itu tidak dibasuh dengan sempurna. Pagi tadi ibu berhentikan kereta di sebuah gerai roti canai, melihatkan pembuat roti canai seorang melayu muslim bersongkok, ibu pun terus pergi dekat untuk order. 'Ya nak apa?' Tanya pakcik tu. Ibu tenguk bekas berisi telur... em telur dalam bekas mungkin dibasuh, tapi lihat dengan jarak lebih dekat ada tahi ayam lagi melekat di telur tersebut ibu tak jadi beli. 'Err... takper lar' dan ibu terus berlalu.

Baru jer bulan Ramadhan yang lepas ibu mendengar tazkirah daripada seorang ustaz, kata beliau "Berbuka puasa bukan sekadar berbuka tapi perlu lihat apa yang kita makan ketika berbuka, dengan siapa kita berbuka, di mana kita berbuka" Ustaz ada sebut berbuka dengan roti canai tahi ayam bukan telur ayam.

Ibu akui kenyataan rati canai tahi ayam itu sangat benar, jika telur ayam tidak dibasuh, tangan penguli roti canai itu memegang telur ayam bersama tahinya sekali, tahi sudah tentu melekat di tangan pembuatnya. Kemudian dia pecahkan telur atas roti dan lipat, ambil doh lain untuk diuli dan tekan dengan tapak tangan bekas tahi ayam tadi. Sungguh jijikkan?

Sanggup ke kita makan roti canai tahi ayam? Kalau nampak segedebuk tahi ayam sudah tentu muntah kita kat situ jugak, tapi kalau macam ni....

Kalau dah telurnya tidak dibasuh, tidak kira roti canai telur atau roti canai biasa memang akan terkena tempias tahi ayam sebab tangan pembuat roti canai yang terkena najis.

Bukan saja roti canai tapi juga makanan lain macam burger, oblong, roti john dan macam-macam lagi. Ayah ibu seorang yang cerewet bab kebersihan, sayur dan lauk pauk mesti dialirkan air lalu selepas di basuh, telur ayam mesti basuh bersih sebelum dimasak. Ibu sudah biasa basuh telur ayam menggunakan berus atau span basuh pinggan.

Dulu masa kecil mak ibu rajin buat roti canai, kibar kat atas dulang tapi skill buat roti canai tak menurun kat ibu ni. Kalau nak makan kena beli juga cuma kena pilih tempat dan penjualnya. Anda macamana?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails