Sep 8, 2011

Tutti Frutti Frozen Yogurt Pertama di Kota Bharu

Jujurnya ibu tidak pernah makan frozen yogurt atau aiskrim yogurt di outlet Tutti Frutti sebelum ini. Ibu bayangkan Tutti Frutti ini menyediakan pelbagai jus buahan dan buah-buahan segar berbagai jenis :)

Tutti Frutti dimiliki oleh kumpulan NAZA memberi peluang kepada individu yang berminat untuk menjalankan bisnes franchise ini. Jika tidak salah telah hampir 50 outlet Tutti Frutti walaupun baru 2 tahun diperkenalkan di Malaysia. Bukan hanya di Malaysia tapi juga terdapat di Brunei, Cambodia, Singapura dan Thailand tidak lama lagi.
Menarikkan? Gambar ibu ambil dari sini

Tutti Frutti Frozen Yogurt ini asalnya dari US dan Kumpulan NAZA memiliki master license di 5 buah negara di atas. Outlet yang pertama dibuka di Sunway Piramid.

Mendapat undangan daripada abang ipar sempena perasmian pada 1 Sept 2011, Tutti Frutti pertama di Kota Bharu yang terletak di QueensPark, Taman Perbandaran Tengku Anis.

Memang pusing juga kami mencari tempat ini sebab tidak biasa dengan jalan-jalan di Kota Bharu, entah sudah berapa tahun tak ke sana. Walaupun pening mencari dengan jam teruk dari Pasir Puteh ke Kota Bharu haritu, akhirnya kami jumpa juga. 


 Abah tanya Hakim nak perasa apa? Jejaka baju petak berkopiah dan berspek hitam itu orang kuat kat sini :)



 Konsep di sini; ambil cup letak flavour yang anda suka sebanyak mana pun dan letak topping sendiri, timbang dan bayar. Kami dapat undangan khas jadi apa yang kami makan FREE pada hari ini. Less 50% untuk pelanggan pada Opening Day.


 Umar bila nak habis aiskrim ni? Asyik hisap itu jer.....


 Inilah penggemar aiskrim utama :)



 Aaaaa..... tengok!


 Bila tengok ni memang terliur, teringat-ingat jer.... tak sempat amik topping pun sebab ramai sangat orang.

 Frozen Yogurt rasanya agak masam sedikit seperti rasa yogurt, jika anda kurang gemar yogurt anda mungkin tidak mampu menghabiskan 1 cup FroYo ini.

 Amboi bersungguh-sungguh makan sampai menjilat jari, erm tak pandang pun ibu snap gambar :)

 Penuh!

 Errrmmmm... yummy!

Sempena Hari Raya, juga disediakan satay untuk tetamu dan kek dari Secret Recipe... mmmmm yummy!

Satay ni sangat sedap, atau perut yang sangat lapar, lebih 10 cucuk kut ibu makan!

Sesiapa yang tinggal berdekatan teringin mencuba Frozen Yogurt aiskrim ini sila lah datang ke sini. Lokasinya bertentangan dengan Taman Rekreasi QueensPark, memang boleh nampak dari jalan besar selepas bulatan Tengku Anis.

Diskaun 15% setiap hari Selasa for ladies di semua outlet Tutti Frutti! Selamat berFroYo!

6 comments:

  1. suka sgt tutti frutti, tp xleh amik byk2 nanti byr mahal! hihi.. sonoknye u makan FREE!!! :D

    best gamba ramai2 tu, xpenah tgk tutti fruti penuh gile mcm tu! hihi

    ReplyDelete
  2. Ermm memang mahal kalau amik byk, 1 cup besar tu boleh kongsi 3 orang makan!

    Memang ramai sangat orang serbu sini, maklumlah yg pertama di Kelantan/terangganu....

    ReplyDelete
  3. heee , ijah pun tak try lagi ni tutti frutti. heheh. best nya dpt mkn free! :)

    ReplyDelete
  4. Nanti boleh cuba yer Ijah.... free tu no 2 yang pertama nak memenuhi undangan.... meraikan!

    ReplyDelete
  5. tak pernah cuba lg. Rasa ada satu kat KJ ni.

    ReplyDelete
  6. Bila Nur dah cuba tuliskan review skali... :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails