Skip to main content

Penipuan Bersiri

Ini adalah kisah benar untuk pengajaran semua, jangan percaya dengan kata-kata orang yang tidak kita kenali.

Beberapa hari yang lepas, 3 orang pemuda lingkungan usia 20-an menaiki kereta Proton Saga Iswara warna biru berhenti di depan rumah. Seorang lelaki keluar dan mengetuk pintu serta memberi salam bertalu-talu. Tidak selesa dengan tindakan pemuda tersebut, suri rumah bersama 3 anak kecil di rumah kerana suami masih di pejabat membuka sedikit sliding door.

Surirumah: Ya ada apa
Pemuda A: Kami datang ni nak buat servis cuci filter, kami dimaklumkan yang filter di rumah akak rosak
Surirumah: Kenapa pulak, kami takde panggil orang servis pun (memang filter di rumah rosak pun waktu tu)
Pemuda A: Hari Sabtu lepas kami dah datang bercakap dengan suami akak, dia minta kami datang hari ni buat servis sebab akak ada di rumah.
Surirumah: Ermmm ye ke? Nanti saya confirmkan dengan suami saya dulu. (Dalam hati isk peliknya)
Pemuda A: Iya kak, tak percaya akak boleh telefon abang sekarang!
Surirumah: Tak payah lar, kejap lagi jer suami saya balik
Pemuda A: Mari no telefon suami akak saya call...
Surirumah: 019... ermm tak payah lar
Pemuda A: Kami ni ada buat promosi filter air... bla2 (tak larat nak cerita sebab lama sangat dia duk cerita sampai malas dah nak layan)
Pemuda B: (Baru keluar dari kereta dan datang kepada kami) Akak betul suami akak cakap ok haritu
Surirumah: (Berdebar dalam hati, nasib baik grill berkunci) Suami tak cakap apa-apa pun pada saya, takper nanti kami discuss dulu, kalau ok nanti kami call lar kamu
Pemuda A: (Tak puas hati masih memujuk)
Surirumah: (Berdebar dalam hati, bila lar diorang ni nak pegi tak reti ke orang cakap tak nak, sambil menarik sliding door.

Surirumah menelefon suaminya dan bertanya tentang perkara tersebut. Suaminya cakap dioarng tu penipu jangan percaya.

Situasi 3 hari lepas (Masa ni surirumah tiada di rumah)
Pemuda A,B: Assalamualaikum bang, kami ada promosi filter air, boleh kami masuk untuk menunjukkan demo
Suami: Kita sembang kat luar jer lar
Pemuda A,B: Kami ada promosi...bla..bla
Suami: Saya tak berminat.
Pemuda A,B: Abang dengar dulu..... (tak tahu berapa lama duk sembang)

Akhirnya diorang pulang dengan perasaan hampa.

2 hari selepas itu, surirumah bertanyakan jiran ada tak pemuda datang buat promosi filter air? Jiran juga beritahu diorang tu penipu ada rumah yang diorang singgah cakap nak servis Astro lah, ada yang nak promote water filter la.

Apa motif mereka menipu dan mahu masuk ke dalam rumah? Syukur tiada apa-apa yang berlaku dan anak-anak waktu itu semuanya di dalam rumah.

Berhati-hati dengan salesman atau sesiapa jua yang tidak dikenali yang datang ke rumah. Ini kejadian kedua, dulu pernah sekali suami isteri berketurunan India datang ke rumah katanya nak tinggalkan anaknya sekejap. Sebagai ibu memang saya kasihan tapi saya tidak berani dengan risiko-risiko lain berurusan dengan orang asing.

Comments

  1. saya langsung tak jenguk tingkap kalo org ketuk pintu dikala suami tiada..pada saya, kalo kawan2 mesti dia org akan tepon kalo nak dtg rumah ataupun memberi salam dan panggil nama..

    ReplyDelete
  2. Macam tu ke MamaYatie? Tetamu kan perlu dihormati, jiran-jiran sini pun selalu jugak duk datang rumah :)

    Kalau sorang2 saya pun tak berani, anak2 pantang ada orang bagi salam terus buka pintu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...