Skip to main content

Ibu Yang Menyepi

Ya Allah berilah daku kekuatan untuk terus menulis, semoga sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada pembaca yang budiman.

Ibu masih riuh cuma tersepi di rumah dan sunyi di blog ini, mohon maaf kepada peserta Comel Lote GiveAway yang masih setia menanti. Ibu rasa sangat bersalah, tetapi tiada daya dan kekuatan untuk meluangkan sedikit masa untuk mencari pemenang buat masa ini. Ibu baru punya 3 anak, 1 di sekolah rendah dan 1 di tadika, 1 lagi sentiasa menjadi handbag di rumah.

Ibu patut bersyukur berbanding ibu tunggal yang menguruskan anak-anak sendirian, ya tiada apa yang perlu dikeluh kesahkan kerana semuanya yang berlaku adalah yang terbaik diberikan kepada kita.

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan anak-anak yang sihat dan bijak, semakin hari semakin bijak.

Bijak atau tidak anak 5 tahun bila berkata begini;

Ibu: Ibu sayang anak-anak ibu, Hakim, Aiesyah, Umar.
Aiesyah: Siapa cinta Aiesyah?
Ibu: Ibu cinta Aiesyah
Aiesyah: ALLAH cinta Aiesyah.

Terkedu ibu, owh salah ibu mendidik anak-anak, sepatutnya ibu lebih terapkan kecintaan anak-anak kepada ALLAH berbanding kita sendiri. Betul, memang sangat tepat kata-kata Aieysah itu, sangat menusuk ke dalam hati seorang ibu ini.

Selepas peristiwa tersebut, ibu sentiasa ingatkan anak-anak bahawa Allah sayangkan kita, kita mesti sayang Allah. Allah menjaga kita semua, ibu, abah dan anak-anak ibu. Ibu tiada kuasa untuk menjaga anak-anak ibu setiap masa, hanya Allah yang berkuasa menjaga dan memelihara anak-anak ibu.

InsyaAllah jika Allah menjaga dan memelihara kita, jika Allah sayangkan kita, selamat kita dunia dan akhirat.

Comments

  1. bijaknya aiesyah..!!takpe kak..kadang2 kita perlu dahulukan mana yang lebih penting..

    ReplyDelete
  2. speechless!
    semoga Aiesyah membesar sehebat & sebijak Syaidatina Aisyah RA amin!!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. sejuk hati mendengar kata2 Aiesyah..

    kakyong pun sedang cuba menerap pemahaman dgn anak2 tentang Allah dan kehidupan sbg seorang Muslim.. mencabar sangat rupanya.. terasa kerdil diri.. mujur lah anak2 dihantar ke sekolah, sekurang2 cikgu mbantu menyampaikan nya.. & kita boleh terus sambung pendidikan di rumah..

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Aiesyah anak yang bijak... takpe, dulukan mana yang lebih utama.. kami sangat memahami..kerana Kak Nida pun punya 3 anak..;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...