Skip to main content

Productive Muslim Seminar


Minggu lepas ibu dah belek-belek pasal seminar ini di blog melihatkan pada harganya sangat berpatutan dengan 2 penceramah jemputan yang sangat hebat, lihat poster sebelah kanan.

Menarikkan?

Santai-santai pagi Ahad sambil menonton Rancangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah. TV rumah ini memang channel 6 je TV Al-Hijrah setiap hari, kami tidak menggunakan Astro, channel 6 yang kami set sendiri. Sejak dapat channel 6 ni, memang kami tak layan dah channel lain :)

Ibu suka sangat dengan TV Al-Hijrah sebab kebanyakan rancangannya sangat berilmu dan bermanfaat. Ibu suka sangat dengan madrasah Al-Hijrah, ada ilmu Al-Quran, Akidah, Syariat dan Akhlak. Satu lagi adalah J.O.M Jalan Orang Mukmin. Memang boleh refresh apa yang ibu belajar masa sekolah dulu, dan dapat banyak ilmu baru.

Tiada iklan yang menjolok mata, ibu harap sangat TV Al-Hijrah dapat kekalkan identiti sampai bila-bila. Iklan mestilah yang sopan sahaja :)

Selang masa diisikan dengan zikir, dikir dan selawat, anak-anak ibu pun sangat sukakannya.

Pengaruh TV sangat kuat terutama kepada anak kecil, walaupun rancangan yang kita lihat itu baik, tapi slot iklannya yang tidak menepati syariat sedikit sebanyak membimbangkan ibu.

Anak-anakkan seperti sponge, apa yang dilihat memang cepat serap. Ibu memberikan sedikit panduan setiap rancangan yang hendak dilihat elok atau tidak dengan bertanya "Allah suka atau tidak rancangan begini?" Anak sudah pandai berfikir mereka juga boleh menilai yang mana elok dan sebaliknya. 

Keluarga kami jauh lagi dari sempurna, kami belajar sedikit demi sedikit mengubah yang biasa-biasa di rumah ini kepada yang kurang biasa mengharapkan keredhaan Allah dan Rasulullah melimpah ruah ke atas keluarga kami.

Cuba untuk solat berjemaah setiap malam, walaupun tanpa abah, ibu akan gantikan sebagai imamah kepada anak-anak, mengaji Quran dan membaca walau sepotong Hadis setiap malam. Walaupun masih juga belum dapat konsisten, tapi kami akan menuju ke arah itu. Niat yang baik akan dipermudahkan Allah, InsyaAllah.

Berbalik kepada Assalamualaikum pagi Ahad, ada tiket percuma ke Productive Muslim Seminar diberikan kepada pemanggil yang memberikan jawapan kuiz dengan betul. Alhamdulillah rezeki ibu, dapat menembusi talian dan dapat 2 tiket. Siapa nak ikut?


Siapa yang join? Boleh kita jumpa di sana nanti. InsyaAllah semoga memberi manfaat. Ya ibu nak sangat jadi Muslimah yang productive. Anda?

Comments

  1. pasal TV Al-hijrah tu saya mmg setuju..even kartun pun still lagi islamik..harapnya jgn jadi mcm tv9,bbrp tahun kebelakangan ni dah hilang islamik ni..byk sngt entertainment..huhu

    ReplyDelete
  2. suka juga TV Al-hijrah. Cuma tak byk masa nak tengok tv. Biasa mlm pun tengok sejam je masa berita.

    ReplyDelete
  3. @MamaYatie
    emm memang agak frust sket dengan tv9 tapi masih byk rancangan keagamaan yang saya suka :)

    ReplyDelete
  4. @Nur,
    Kalau kerja memang tiada masa kan nak tengok tv, rumah ni tgh jer buka tv kalau hari sekolah, mlm memang tak buka... hari cuti memang x kesah :)

    ReplyDelete
  5. ramai yg beri feedback +ve pasal TV alhijrah ni.. masalahnya kami di Ipoh ni x dpt.. rumah mak yg ade aerial tinggi pun x dpt..

    nak pasang astro rasa mcm x berbaloi jer...

    ReplyDelete
  6. Ipoh tak dapat ye kak yong? Ramai yg guna Astro nak tengok TV Al-Hijrah tapi tengok keperluan, jika tidak tak payah guna, takde TV-AlHijrah pun tidak mengapa kakong, Internet juga byk ilmu bermanfaat yg dapat dikutip

    ReplyDelete
  7. Salam kakwan- sy pun cite2 nk jd productive muslim.untung kakwan dpt pi seminar.smoga terus maju.suka singgah kedai kakwan tp ni first time jumpa blog kakwan.

    ReplyDelete
  8. @Cik CT

    Terima kasih banyak sebab rajin singgah blog akak, singgah lagi yer :)
    Terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.