Minggu lepas ibu dah belek-belek pasal seminar ini di blog melihatkan pada harganya sangat berpatutan dengan 2 penceramah jemputan yang sangat hebat, lihat poster sebelah kanan.
Menarikkan?
Santai-santai pagi Ahad sambil menonton Rancangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah. TV rumah ini memang channel 6 je TV Al-Hijrah setiap hari, kami tidak menggunakan Astro, channel 6 yang kami set sendiri. Sejak dapat channel 6 ni, memang kami tak layan dah channel lain :)
Ibu suka sangat dengan TV Al-Hijrah sebab kebanyakan rancangannya sangat berilmu dan bermanfaat. Ibu suka sangat dengan madrasah Al-Hijrah, ada ilmu Al-Quran, Akidah, Syariat dan Akhlak. Satu lagi adalah J.O.M Jalan Orang Mukmin. Memang boleh refresh apa yang ibu belajar masa sekolah dulu, dan dapat banyak ilmu baru.
Tiada iklan yang menjolok mata, ibu harap sangat TV Al-Hijrah dapat kekalkan identiti sampai bila-bila. Iklan mestilah yang sopan sahaja :)
Selang masa diisikan dengan zikir, dikir dan selawat, anak-anak ibu pun sangat sukakannya.
Pengaruh TV sangat kuat terutama kepada anak kecil, walaupun rancangan yang kita lihat itu baik, tapi slot iklannya yang tidak menepati syariat sedikit sebanyak membimbangkan ibu.
Anak-anakkan seperti sponge, apa yang dilihat memang cepat serap. Ibu memberikan sedikit panduan setiap rancangan yang hendak dilihat elok atau tidak dengan bertanya "Allah suka atau tidak rancangan begini?" Anak sudah pandai berfikir mereka juga boleh menilai yang mana elok dan sebaliknya.
Keluarga kami jauh lagi dari sempurna, kami belajar sedikit demi sedikit mengubah yang biasa-biasa di rumah ini kepada yang kurang biasa mengharapkan keredhaan Allah dan Rasulullah melimpah ruah ke atas keluarga kami.
Cuba untuk solat berjemaah setiap malam, walaupun tanpa abah, ibu akan gantikan sebagai imamah kepada anak-anak, mengaji Quran dan membaca walau sepotong Hadis setiap malam. Walaupun masih juga belum dapat konsisten, tapi kami akan menuju ke arah itu. Niat yang baik akan dipermudahkan Allah, InsyaAllah.
Berbalik kepada Assalamualaikum pagi Ahad, ada tiket percuma ke Productive Muslim Seminar diberikan kepada pemanggil yang memberikan jawapan kuiz dengan betul. Alhamdulillah rezeki ibu, dapat menembusi talian dan dapat 2 tiket. Siapa nak ikut?
Siapa yang join? Boleh kita jumpa di sana nanti. InsyaAllah semoga memberi manfaat. Ya ibu nak sangat jadi Muslimah yang productive. Anda?
pasal TV Al-hijrah tu saya mmg setuju..even kartun pun still lagi islamik..harapnya jgn jadi mcm tv9,bbrp tahun kebelakangan ni dah hilang islamik ni..byk sngt entertainment..huhu
ReplyDeletesuka juga TV Al-hijrah. Cuma tak byk masa nak tengok tv. Biasa mlm pun tengok sejam je masa berita.
ReplyDelete@MamaYatie
ReplyDeleteemm memang agak frust sket dengan tv9 tapi masih byk rancangan keagamaan yang saya suka :)
@Nur,
ReplyDeleteKalau kerja memang tiada masa kan nak tengok tv, rumah ni tgh jer buka tv kalau hari sekolah, mlm memang tak buka... hari cuti memang x kesah :)
ramai yg beri feedback +ve pasal TV alhijrah ni.. masalahnya kami di Ipoh ni x dpt.. rumah mak yg ade aerial tinggi pun x dpt..
ReplyDeletenak pasang astro rasa mcm x berbaloi jer...
Ipoh tak dapat ye kak yong? Ramai yg guna Astro nak tengok TV Al-Hijrah tapi tengok keperluan, jika tidak tak payah guna, takde TV-AlHijrah pun tidak mengapa kakong, Internet juga byk ilmu bermanfaat yg dapat dikutip
ReplyDeleteSalam kakwan- sy pun cite2 nk jd productive muslim.untung kakwan dpt pi seminar.smoga terus maju.suka singgah kedai kakwan tp ni first time jumpa blog kakwan.
ReplyDelete@Cik CT
ReplyDeleteTerima kasih banyak sebab rajin singgah blog akak, singgah lagi yer :)
Terima kasih