Skip to main content

Syukur dan Terima Kasih

"Sekiranya kamu bersyukur, akan Allah tambahkan nikmat kepada kamu, sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab Allah itu amat pedih"


Pentingnya untuk menyemai sikap syukur terutama kepada anak-anak kecil supaya sifat syukur ini menjadi amalan mereka.

Sentiasa mengucapkan terima kasih adalah petanda syukur. Mari kita mulakan!

Walaupun ibu masak nasi dan lauk biasa-biasa sahaja untuk makan pagi, tengahari atau malam, anak-anak ikut abah cakap 'terima kasih ibu'. 

Bila kita mulakan sesuatu yang baik, ianya menjadi sangat manis. Seperti memberikan seseorang chocolate, dan    ada yang menghadiahkan kita juga chocolate yang sama tapi lebih manis rasanya.

Terima kasih sangat simple dan senang, tapi sukar untuk diucapkan jika tidak diamalkan.

Jika anak kecil yang baru pandai bercakap sudah pandai mengucapkan terima kasih, apalagi orang dewasa seperti kita semua.

Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa berbunganya hati ibu ini bila anak berusia 2 tahun mengucapkan 'terima kasih ibu' hanya dengan ibu memberikan segelas air minuman.

Allahu Akbar!

Walaup sekecil perkara yang dilakukan anak, pujilah dan ucapkan terima kasih dan sebut nama anak supaya ianya lebih mesra, seperti 'terima kasih Hakim sebab tolong ibu jaga adik-adik masa ibu drive tadi' walaupun anak tidak berbuat apa-apa cuma berlawan menyanyi dan berselawat di dalam kereta. Bukankah cukup membahagiakan anak dan pujian itu memberikan dorongan untuk anak melakukannya lagi berulangkali. Alhamdulillah.
Ibu ini bukanlah yang terbaik kerana ibu ini juga dalam proses belajar cara mendidik anak yang betul seperti kalian semua. Apa yang baik dikongsi moga menjadi panduan, yang tidak elok kita simpan buat pekasam, orang yang positif hanya fikir perkara yang baik-baik sahaja.

InsyaAllah semoga berjumpa lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...