Mar 13, 2012

Jom Sarapan: Nasi Kerabu Ringkas

Salam pagi Selasa buat semua, harapan ibu semoga pagi ini memberi kebaikan kepada kita semua, berjumpa dengan orang-orang yang baik dan kita dapat menyumbang sekurangnya satu kebaikan kepada orang lain, InsyaAllah.


Alhamdulillah pagi ini matahari bersinar dengan terang, dapatlah ibu menyelesaikan urusan kain baju sebelum berangkat pulang ke kampung malam nanti, doakan perjalanan kami dilindungi Allah.

Sudah sarapan? Kalau belum mari bersarapan dengan ibu hari ni nasi kerabu ringkas sahaja. Nasi kerabu biasanya dilengkapi dengan bahan berikut:
1. Nasi yang berwarna biru
2. Kelapa parut goreng dicampur ikan
3. Kuah pekat
4. Ulam-ulaman yang dipotong halus
5. Budu
6. Telur masin
7. Ikan goreng celup tepung
8. Solok lada
9. Daging/Ayam bakar
10. Cili kisar ala-ala sambal belacan
11. Kerepok

Lebih kurang ini walaupun banyak bahan yang kurang, *sumber gambar en. google.

Tapi apa yang kami ada hari ni:
Kuah pekat, kelapa + ikan, telur masin dan timun (menggantikan ulam), dan kerepok (tiada dalam gambar)

Walaupun tidak cukup semua bahan, tapi cukup mengenyangkan perut kami anak-beranak, Alhamdulillah. Nasi kerabu ini bukan ibu yang masak tapi tapau dari rumah kakak ibu. Kakak sekeluarga jemput makan-makan di rumah yang baru mereka beli di Ampang hari Ahad baru ni.

Menu nasi kerabu dan nasi temboli (tak pasti ejaannya tapi ini nasi istimewa orang Terengganu) kuahnya sama macam kuah nasi dagang. Nasi kerabu lengkap dengan semua bahan yang ibu sebutkan di atas. Daging kambing bakar lagi! Ibu memang tabik dengan kakak ibu seorang ni sebab rajin memasak. Ibu belum lagi serajin itu. Bab bakar membakar serahkan kepada abang ipar.

Rezeki kami ada lauk pauk lebih, kakak tapaukan, bertuahnya kami pergi tangan kosong balik penuh makanan. Semalam ibu hangatkan kuah nasi dagang, makan dengan nasi putih dan kacang panjang goreng. Hari ini panaskan bahan-bahan nasi kerabu juga makan dengan nasi putih.

Apapun yang anda makan hari ini pastikan ianya memberi kebaikan kepada seluruh anggota badan, makanan memberikan kita energy, membolehkan kita berfikir dan bekerja dengan selesa. 

Doa Mathurat;
Ya Allah sihatkanlah tubuh badanku, sihatkan lah pendengaranku,
sihatkan lah penglihatanku

Jom kongsikan menu sarapan kalian, semoga bersua lagi, InsyaAllah. 

6 comments:

  1. Laa, ingatkan ani masak, boleh gi makan juga hehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya... teringin pulak,, lama tak makan sejak alah haritu.. entah bila nak try balik..

    ReplyDelete
  3. carrie-ma, saya ni kalau masak simple2 ok lagi, bab masak cerewet ni kurang sket.. :)

    ReplyDelete
  4. oh ye ke Zie, bila dah habis alah nanti, berselera tak dapat di sekat-sekat.

    ReplyDelete
  5. nasi kerabu nasi hok sy berehi. Nasi Temboli tu tok pernoh dengar.

    ReplyDelete
  6. sedapnya...tak pernah buat lagi sbb tak pernah belajar..hahaaa...tak senonoh betul!

    kg saya panggil nasi buli(nasi temboli tu)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails