Skip to main content

Kita Yakin, Kita Berjaya


Kita yakin kita berjaya atau bila kita yakin kita pasti berjaya. Pasti bukan mungkin atau akan digunakan kerana lain maksudnya.

Wah kenapa tiba-tiba hari ini berkobar-kobar cerita tentang kejayaan pula ya?

Tidak rugi cerita tentang kejayaan kerana ini matlamat semua orang, jika ditanya tiada seorang pun daripada kita yang ingin gagal dalam hidup mereka. Kejayaan adalah matlamat kita tapi kejayaan yang bagaimana?

Sebagai seorang muslim sudah tentu kita mahukan kejayaan di dunia juga akhirat, tidak dapat tidak!

Ini adalah perkongsian seorang rakan ibu tentang ingin menjadi insan HEBAT, dia menulis di dalam facebook;

Di dalam buku “The Magic of Thinking Big” karya David J.Schwartz ada mengariskan tiga panduan bagi memperolehi dan menguatkan kuasa keyakinan untuk menjadi HEBAT.

1. FIKIRKAN KEJAYAAN
Jangan sekali – kali memikirkan kegagalan. Di mana jua anda berada, tukarkan pemikiran ‘saya gagal’ kepada ‘saya berjaya’. Apabila masalah melanda, fikirlah ‘saya pasti berjaya’, bukannya ‘saya pasti gagal’. Apabila kita bersaing dengan orang lain, fikirlah, ‘saya setaraf dengan yang terbaik’ dan bukannya ‘dia lebih hebat dari aku’. Pada saat peluang menjelma, fikirlah ‘saya mampu melakukannya’ bukannya ‘Tidak dapat melakukannya’. Biarkan minda kita dikuasai dengan ‘Saya pasti Berjaya’. Pemikiran ini meransang minda supaya membuat rancangan yang akan menghasilkan kejayaan. Sebaliknya pemikiran ‘saya mungkin gagal’ membawa kita kepada kegagalan. Pemikiran kegagalan melazimkan minda kita berfikir mengenai kegagalan demi kegagalan.

 2. SENTIASA INGATKAN DIRI KITA LEBIH DARIPADA YANG KITA SANGKA
Sebenarnya, orang yang berjaya bukan wira. Kita tidak memerlukan otak yang bijak bagi menggapai kejayaan. Malah kita juga tidak memerlukan kuasa mistik bagi berjaya. Dan kejayaan juga tidak berdasarkan nasib. Orang yang berjaya adalah orang biasa yang begitu yakin dengan dirinya sendiri dan bidang yang diceburinya. Jangan sesekali merendah-rendahkan diri kita sendiri.

 3. FIKIRKAN YANG BESAR
Saiz kejayaan kita ditentukan oleh saiz keyakinan kita. Apabila matlamatnya kecil, maka hasilnya juga kecil. Apabila matlamatnya besar, kejayaan juga pasti besar. Ingat, idea dan rancangan yang besar lazimnya lebih mudah dan sama sahaja cabarannya dengan idea dan rancangan yang kecil.

Wallahua'alam

Comments

  1. Tepat sekali Nur, bila kita usaha dan berdoa sungguh-sungguh, pertolongan Allah itu akan datang :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.