Skip to main content

Bila Tiada Idea Menulis Di Blog

Ibu lihat entry blog ibu yang lama-lama, memang mengimbau kenangan bila membacanya. Ada yang gembira, ada sedih, walaupun sebaik mungkin tiada yang pahit, biar semua yang pahit ibu telan sendiri.

Ibu mahu setiap tutur kata menjadi inspirasi, menjadi panduan, membuatkan otak berfikir mencari titik perubahan yang bakap merubah hidup menuju redha Ilahi.

Beberapa hari ini, mata ibu ini dicemari dengan kata-kata keji, nista, cacian dan kekotoran mulut dan jari jemari  insan yang seagama dalam melontarkan pandangan peribadi memberi tindakbalas kepada situasi yang berlaku di negara tercinta ini.

Tidak kurang juga yang sanggup putus kawan (unfriend) di facebook dek kerana berbeza pandangan dan saling mengata untuk menang hujah.

Pandangan peribadi adalah pandangan peribadi, usah dikotori dengan cacian dan kata-mengata yang mengeruhkan keadaan. Kadang-kadang dalam sesetengah situasi diam itu adalah lebih baik.

Secara peribadi, ibu memang tidak gemar membaca perkataan negatif, kalau boleh tidak mahu satu perkataan negatif pun masuk dalam minda ini. 

Sedar atau tidak bila kita mengata orang lain atau bercakap negatif tentang orang lain, minda akan reflect kepada diri sendiri. Sebab itu pentingnya menjaga lidah (tutur kata) supaya minda kita hanya menerima yang baik-baik sahaja. 

Cukup cerita pasal tu, mari tengok anak teruna ibu yang sibuk nak juga pakai inner bila lihat ibu bersiap


 Anak lelaki tak pakai tudung lar Umar :)

Comments

  1. Sy pun sedih baco mace2 kat FB tu. Mmg baco sajo tapi malas nok komen sbb takut tersilap kato.

    ReplyDelete
  2. Nur,
    Ramai yang komen ikut emosi, itu yg jadi begitu... apa2 pun tahniah pada yang boleh mengawal kata-kata.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Siapa nak Buku Perancangan Kewangan Keluarga? FREE jer...

Ini pertama kali saya bersiaran dari hp lama yg x berapa nak canggih ne :) tapi byk berjasa, taipan akan dteruskan walaupun ibu jari kontot ne da rasa nak krem haha kan best kalu dpt hp yg main touch2 je. Lupakan apa yg saya duk merapu tadi berbalik pada tujuan asal sy nak bg pada sesiapa shj yg berminat dgn buku perancangan kewangan keluarga yg dkeluarkan oleh bank negara. Saya percaya wanita aka ibu atau isteri adalah perancang kewangan terbaik sebuah keluarga ye lah selalunya wanita lah yg pandai beli brg time sale dan buat budget keluarga means byk mana belanja byk mana nak simpan nak dlaburkan dan sebagainya. Buku ni sgt berguna bagi saya dan mungkin juga bagi mereka yg mahu kewangan keluarga lebih teratur. Tawaran ini layak pada yg betul berminat sahaja jgn sebab free anda mahu tapi tidak berbuat apa2, baik dberikan pada yg betul2 nak. Gambar buku saya akan upload kemudian, sesiapa yg berminat bole tinggalkan komen dsini, nyatakan nama, email dan kenapa anda perlukan buku ini. ...