Skip to main content

Home is Cool! Better Than School

Pagi Sabtu yang tenang dan nyaman, cuaca redup di sini, matahari malu-malu untuk menampakkan diri. Sesekali gerimis menambahkan lagi suhu nyaman. Anak-anak awal pagi sudah bangun, sudah terbiasa walaupun hari cuti sekolah. Ibu selalu ingatkan abang Hakim bangun awal untuk solat Subuh.

Ibu mencari idea memulakan sekolah di rumah yang cool dengan pembelajaran yang menyeronokkan. Memandangkan Umar tidak mahu ke Playschool, 1 hari pergi, 4 hari di rumah. Bangun awal bersiap tapi lepas ibu hantar Aiesyah je, mula lah si Umar dengan pelbagai cara menarik minat ibu supaya membawanya pulang.


Aiesyah pula ke tadika dengan jadual sendiri, formulanya senang seperti ini, hari ini sekolah, esok tak sekolah, kemudian sekolah, pasti tak sekolah. Nampaknya Aiesyah lebih pandai mengatur jadualnya sendiri. Ibu sendiri tidak pasti apa yang berada di fikiran anak ibu 5 tahun ini. 


Pernah ibu tanya,"Sekolah best atau rumah best?"
Jawab Aiesyah,"Rumah lagi best"


Mungkin tiada apa-apa kekurangan di tadikanya, hanya kerana di rumah lebih seronok.

Ibu tidak akan paksa anak-anak sekolah jika mereka tidak mahu pergi, NO tiada paksaan. Ibu mahu anak-anak gembira memilih keputusan yang tepat dan terbaik buat mereka. Kerelaan sendiri untuk dapatkan keseronokan. 

Ibu cuba aplikasikan teknik teguran cara Rasulullah yang tidak bertanya sebab. Cuba lihat perbezaan 2 soalan ini;

1. Kenapa Aiesyah tak nak ke sekolah?
2. Apakah yang menyebabkan Aiesyah tidak mahu ke sekolah?

Soalan 1 lebih bersifat menuduh atau menyebabkan anak merasa bersalah dengan tindakan mereka.

Soalan 2 bertanyakan punca menyebabkan tindakan anak. Anak tidak merasa bersalah kerana apakah merujuk kepada perkara lain yang menyebabkan bukan dirinya.

Jadi ibu gunakan soalan 2, dan ibu dapat jawapan,"Aiesyah lebih suka di rumah"

Baiklah! Tidakkah Aiesyah tahu jika Aiesyah tidak ke sekolah, akibatnya Aiesyah akan ketinggalan pelajaran.

Tak apalah, Aiesyah boleh belajar di rumah! Aiesyah kan rajin......

OK!

Bermakna ibu perlu lakukan sesuatu supaya Aiesyah dapat belajar di rumah bersama Umar seperti di tadika, atau lebih baik dari itu.

Salahkah anak tidak ke tadika? 

Thomas Edison adalah antara pelajar didikan ibu dan bapanya sendiri di rumah selepas Thomas tidak berminat ke sekolah, guru mengatakan Thomas sukar diajar, jauh berbeza dengan rakan sebaya mereka.

Jadi sekarang ibu mencari beberapa rujukan untuk memulakan Home is Cool ini. Antaranya;
~ Buku rujukan tentang Homeschool - cadangan dialukan
~ Website/blog ibu yang telah memulakan Homeschool - cadangan dialukan
~ Homeschool curricular 
~ Jadual harian untuk 3 bulan pertama
~ Bahan-bahan atau alat bantuan mengajar yang boleh digunakan
~ Ruangan belajar
~ Lain-lain yang difikirkan perlu

Ada lain-lain perkara yang perlu ditambah, yang ibu tertinggal. Silalah tinggalkan komen dan link, tolong jangan segan dan malu, membantu menambah nilai hidup.

Comments

  1. bagus juga , kalau berjaya buat nanti boleh share dengan ibu2 lain kan ..

    selamat berjaya

    ReplyDelete
  2. @Puanbee
    InsyaAllah, doakan berjaya ya!

    ReplyDelete
  3. teringin nk didik sendiri anak2 kt rumah..tp im a working mom, any tips?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...