Skip to main content

Resepi Akok Ringkas | Akok Triangle

Salam pagi Jumaat yang penuh keberkatan, ibu doakan kalian berada di bawah lembayung rahmat Allah dan diberikan kebaikan serta rezeki yang melimpah ruah penuh barakah.

Ibu tercari-cari topik yang sesuai pagi ini, nampak gaya 'akok' sering muncul di fikiran jadi ibu buat keputusan untuk kongsikan resepi 'akok' ringkas ini. Kami sekeluarga memang sukakan kuih tradisional ini, bila balik kampung selalu singgah di gerai sebelum sampai Jerteh untuk dapatkan kuih idaman hati ini. Sungguh enak di makan masa panas :)


Sebelum ini ibu hanya tahu beli sahaja, sehinggalah terlihat rancangan Resepi Ummi di TV Al-Hijrah. Memang senang sahaja membuatnya dengan menggunakan pembakar roti. Ingatkan bila ada arang aje boleh bakar akok. 

Bahan-bahan dan cara membuatnya
200ml pati santan (1 bungkus santan kecil tu sedang elok je 200ml)


150gm manisan/gula melaka (ibu kurangkan sikit kuantiti untuk kurangkan manis)
100ml air - dimasak bersama manisan sehingga cair, boleh masukkan sikit daun pandan jika ada.
Tunggu sejuk


Campurkan bahan-bahan di atas
Masukkan secubit garam
30gm tepung gandum - dimasukkan (dalam 3/4 sudu)


Bila tepung sudah hancur, masukkan telur sebiji demi sebiji 
5 biji telur - tidak perlu pukul kuat, kacau perlahan biar telur sebati


Sedia untuk di bakar.

Panaskan pembakar roti terlebih dahulu, letakkan bahan dalam acuan, tunggu dalam 5-10 minit sampai masak.

Taraa.... sudah masak. Ikut sukatan di atas cukup 6/7 kali bakar. ~Sedap di makan selalu~


Pertama kali buat, angkat habis, angkat habis, sebab sekeping tu tidak terasa di perut bila makan, untuk kali ke-2 ibu buatkan 2x ganda bahan. Bagi yang pertama kali cuba, buat sikit dulu, jangan tamak :) sikit tu yang nikmat...

Kali kedua sempatlah kami bagi kat jiran sebelah sikit. Pertama kali buat ibu ambil resepi di sini.

Inipun terbau-bau 'akok' yang sedap, emmm harum. Jom cuba!

 *Blog ini kepunyaan Wan Anie yang memiliki Syarikat Comel Lote Collections (001962543-T)
Fokus pada barangan keperluan serta aksesori bayi dan kanak-kanak.
~Baby & Kids Like~

Comments

  1. Nur,
    Buat jangan tak buat, payoh nok cari akok sedap mace kat kapung sini :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.