May 4, 2012

Hakim Sudah 7 Tahun

Semalam hari lahir Hakim yang ke-7, 03/05 mengikut tarikh Masihi, jika mengikut tahun Hijrah sama bulan kelahiran Junjungan Mulia Rasulullah SAW, 24 Rabiulawal. 

Pada mulanya ibu bercadang untuk memberikan Hakim hadiah sahaja di hari lahirnya tahun ini, hadiah yang diminta sejak beberapa bulan lepas. Ibu akan maklumkan hadiahnya bila kami sudah tunaikan janji, InsyaAllah.  

2 hari sebelumnya, Hakim beritahu yang dia mahu kek di hari lahirnya, emmm anak ibu ini macam tahu-tahu sahaja bila tarikh lahirnya kan? Jadi ibu tidak sampai hati, ibu penuhi permintaan Hakim pada petang 2hb selepas ambil Hakim dari sekolah, kami singgah di kedai kek berdekatan ketika hujan turun dengan lebatnya. Meredah hujan ibu sambil membawa kek ke kereta. 

Kononya nak beli lebih awal untuk surprise Hakim, ibu sudah pesan siap-siap pada Aiesyah jangan beritahu abang Hakim kita nak beli kek.... sekali tengahari elok pula Umar tidur, memang tak sampai hati ibu nak angkat dan kejutkan anak yang sedang lena.


Petangnya drama pula, Hakim 3 kali telefon abah minta pulang awal. Ibu cuma pujuk anak ibu ini supaya bersabar, abah kan kerja jauh memang ambil masa untuk sampai. Anak masih belum mengerti, mereka mahu abah pulang awal supaya dapat makan bersama-sama. Acapkali bila abah sampai rumah, anak-anak sudah dibuai mimpi. 

Ibu faham dengan tuntutan kerja abah cuma ibu tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk ibu fahamkan anak-anak tentang beberapa situasi yang kami lalui sekarang. Seusai bercakap dengan abahnya, Hakim kelihatan masih gelisah, bila ibu tanya Hakim kata 'abah asyik-asyik on the way je' ibu hanya diam cuba memahami apa yang tersirat di dalam hati anak sulung kami ini, dalam hati ibu hanya mampu berdoa supaya abah selamat sampai. Jom kita ambil gambar kek! Anak-anak setuju dan ibu nampak air muka Hakim berubah ceria.


 

Alhamdulillah, hampir jam 8.15 malam abah sampai dengan selamat, ibu siapkan meja dan acara bermula. Kami nyanyi lagu 'Allah selamatkan kamu' teringat filem P.Ramlee pulak ;)

Rupanya tahun lepas tiada entry tentang hari lahir anak-anak pun, entry hari lahir Hakim ke-5 di sini.

Bulan depan kami meraikan 3 orang serentak, abah, Aiesyah dan Umar. Tarikh lahir selang 2 hari sahaja semuanya :) senang dan jimat.

Ibu doakan Hakim menjadi anak soleh, taat kepada Allah dan Rasul, rajin solat, berakhlak mulia dan beradab. Anak bukan hak milik ibubapa, anak-anak adalah milik Allah yang dikurniakan melalui ibubapa, amanah yang perlu dijaga dan dibaja, kain putih yang perlu dicorakkan menjadi insan bertaqwa.

Ibu dan abah mahukan anak-anak menjadi pencen kubur kami kelak. Ini salah satu daripada 3 perkara yang tiada putus taliannya walaupun ibubapa sudah tiada lagi di dunia selain sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat. 

2 comments:

  1. Sannah Helwah untuk Hakim. smeoga jd anak yang soleh.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Aunty Nur..amin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails