Skip to main content

Kenapa Hari-Hari Kena Solat?


Soalan yang keluar dari mulut Hakim yang baru menyambut hari lahir ke-7 beberapa hari lepas. 

Ibu terdiam seketika, mencari jawapan yang sesuai dengan kefahamannya.

Ibu tanya "Kenapa hari-hari Hakim makan?"
Hakim "Sebab lapar"

Ibu "Kita makan sebab perut lapar, kita solat sebab rohani lapar, makan untuk kenyangkan perut, solat untuk kenyangkan rohani"

"Bila rohani seseorang itu kenyang, sukar untuk dia melakukan sesuatu perbuatan jahat yang dilarang oleh Allah seperti mencuri, merompak"

Hakim terdiam, em nampaknya jawapan ini kurang sesuai untuk Hakim.

Ibu sambung lagi 
" Ok begini, siapa yang berikan kita makan?
"Allah" serentak dijawab hakim dan Aiesyah

"Siapa ciptakan mulut supaya kita dapat makan?
"Allah"

"Siapa ciptakan kita tangan supaya dapat suap nasi, dapat menyentuh, dapat bermain?"
"Allah"

"Siapa ciptakan mata supaya kita dapat melihat?"
"Allah"

"Siapa ciptakan udara supaya kita dapat bernafas dan terus hidup?"
"Allah"

"Cuba lihat pada badan kita, semua diciptakan Allah untuk kemudahan, kesenangan kita. Jika dihitung memang terlalu banyak sehingga tidak terhitung, sedangkan Allah hanya minta solat 5 kali sahaja sehari semalam."

Hakim senyum.

"Ibu pernah beritahu Hakim dulu kan, bahawa solat ini tanda orang bersyukur, berterima kasih dengan Allah."

"Ok?"
"Ok" balas Hakim.

Pernah tak ibu-ibu ditanya soalan begini oleh anak-anak yang baru belajar solat? Bagaimana ibu-ibu menerangkan kepentingan solat kepada anak-anak?

Comments

  1. Fathini pun ada tanya. Sy pun jawab, "Because we want to say Thank You to Allah".

    ReplyDelete
  2. Betul sangat Nur, memang untuk terima kasih kan, sebab itu Rasulullah pernah jawab apabila ditanya mengapa tidak henti ibadah walaupun telah dijamin syurga, "Salahkan aku menjadi hambaNya yang bersyukur?"

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...