Skip to main content

Cara Mudah Dan Cepat Sediakan Lauk Berbuka dan Bersahur

Assalamualaikum, salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa

Bila tiba bulan puasa, kaum ibu antara yang sibuk, pulang saja ke rumah perlu sediakan juadah berbuka, jika tidak sempat masak, singgah sahaja ke bazar ramadhan... pelbagai pilihan makanan ada di sana, tunjuk dan sediakan duit sahaja.

Walaubagaimanapun perlu berhati-hati memilih peniaga dan gerai yang bersih, jangan ada yang terkena keracunan atau cirit-birit.

Pagi-pagi biasanya kaum ibu yang bangun paling awal, sediakan makanan bersahur, kejutkan anak-anak. Ibu-ibu perlu bijak mengatur jadual dan membuat perancangan agar masa tidak terlalu banyak dihabiskan di dapur. 

Antara cara yang boleh dilakukan ibu-ibu untuk menjimatkan masa sediakan juadah berbuka dan bersahur:

Sediakan Lauk SejukBeku


Ini antara cara yang ibu lakukan, masak dengan kuantiti yang banyak (biasanya ibu buat untuk 3 kali makan) masukkan 1/3 lauk ke dalam tupperware, simpan deep freezer. Sangat berguna di saat ibu tidak sempat masak atau kurang rajin untuk masak :)
Keluarkan, biar sekejap... panaskan dan hidang!

Lauk sejukbeku yang ibu biasa buat adalah sup dan kari

Kari ikan tongkol - kegemaran keluarga kami :)

Sediakan Sambal Tumis


Sehari sebelum puasa, ibu masak sambal tumis kosong banyak-banyak, sejukkan dan simpan dalam bekas.... ini memang tahan seminggu walaupun tidak dimasukkan dalam peti sejuk.
Hanya ambil sedikit, panaskan dalam kuali, letak air (jika perlu) dan masukkan sotong, udang, ikan bilis, sayur, atau apa sahaja.... cara senang dan cepat siapkan sambal tumis.


Gambar sambal tumis udang ibu ambil dari sini

Goreng ikan bilis dan simpan.
Ikan bilis goreng atau sambal ikan bilis sangat sedap dimakan bersama sup. Anak-anak suka makan bila ibu masak bubur nasi. Ibu ni memang suka yang cepat dan senang sahaja.


Sediakan serunding atau acar buah
Ibu memang sukakan acar buah, penambah selera makan terutama waktu sahur



Gambar acar buah di ambil di sini

Pes Masakan/Perencah segera
Perencah segera juga membantu ibu-ibu memasak dengan cepat dan senang, walaupun tahun ini ibu belum lagi menempah pes masakan. Pes Masakan Seri Tunjung ibu pernah beli sebelum ini, ada ayam goreng berempah, kari, gulai kuning, sup, dan macam-macam lagi.

Masukkan lauk yang berbaki dalam bekas yang mudah untuk dipanaskan menggunakan oven, jadi pagi-pagi hanya keluarkan dari peti sejuk dan terus masukkan dalam oven. Idea ini daripada ibu-ibu dalam group Mom Without Maid, ibu belum lagi praktiskan sebab rumah kami tiada oven.

Ibu-ibu mungkin ada cara lain boleh dikongsi bersama, share lah di sini ye!

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...