Skip to main content

Resepi Berbuka Day 8: Ayam Goreng Crispy Tepung Magik

Alhamdulillah, sudah sampai hari ke-8 berpuasa, masih lagi bertahan untuk tidak ke bazar Ramadhan, dan minum ais. Antara azam puasa tahun ini... tahun lepas ada juga ke bazar walaupun hanya beberapa kali sahaja, tahun ini biar makan ringkas, air tangan sendiri.

Bukan apa, sebenarnya pernah ada pengalaman mengalami keracunan makanan gara-gara beli makanan di bazar, pernah juga makan kuih tak ada rasa.... nampak menarik. Ye lah peniaga juga puasa, mereka tidak dapat merasa makanan yang mereka masak. Cirit-birit di bulan puasa memag menyeksakan, lembik...

Jadi bermula tahun lepas, ibu mahu memasak sendiri juadah berbuka, biar ringkas, tapi cukup mengenyangkan. Alhamdulillah di Malasia belum lagi ada kes tidak dapat makan langsung semasa bersahur atau berbuka (jika ada pun kes terpencil yang tidak diketahui), jauh berbeza dengan warga Somalia yang menghadapi kebuluran serius akibat tiada apa hendak dimakan.

Tadi ibu dengar tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Syed Norhisyam, kata ustaz, elok kita bersedekah atau ajak saudara-mara yang kurang berkemampuan makan bersama terutama waktu berbuka. Pahala mereka yang menyediakan makanan berbuka untuk orang berpuasa itu sama seperti pahala orang yang berpuasa itu sendiri, bayangkan jika kita belanja lebih dari seorang, apalagi jika sampai 20-40 orang atau beratus orang di masjid (bagi mereka yang berkemampuan).

Panjang pula mukaddimah kan :)

Hari ini kami berbuka dengan sayur masak lemak dan ayam goreng crispy Tepung Magik (TM). Ringkas dan anak-anak pun suka. 

Bersihkan ayam dan toskan (buang air)

Gaulkan ayam dengan sedikit tepung magik, perap sekejap

Panaskan minyak, sediakan bancuhan tepung magik (tepung dicampur dengan sedikit air)

Celupkan ayam ke dalam bancuhan tepung magik, dan goreng.

Jika mahu lebih sedap, boleh gulingkan ayam dalam serbuk TM selepas dicelup dalam bancuhan, baru digoreng. Minyak mungkin akan jadi sedikit keruh jika guna serbuk TM

Sebab itu ibu suka guna bancuhan..... tadaa.. sudah siap!


Selamat Berbuka!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.