Skip to main content

Kenapa Ibu Tidak Solat?

Soalan yang sukar dijawab....


Anak ibu Hakim 7 tahun seusai solat Maghrib bertanya kepada ibu soalan di atas. Ibu mencari-cari jawapan yang sesuai, spontan ibu menjawab; 
"Ibu tidak boleh solat"

"Tapi kenapa?" Hakim tidak puas hati
"Perempuan ni istimewa, Tuhan sayang lebih..." ibu cuba berseloroh menggunakan kata-kata Kak Ros di dalam satu episod Upin Ipin.
"Tipu... "
"Orang perempuan Allah bai keistimewaan, boleh rehat dari solat dalam jangka masa tertentu sahaja" ibu mula mencari idea yang sesuai diserap oleh anak 7 tahun ini
"Ye lah tu.... Mana aci?" Hakim masih tidak puas hati.

Perbualan berhenti setakat itu, ibu sudah lupa apa yang berlaku waktu itu...

Di hari yang lain, persoalan, "Kenapa ibu tidak solat?" masih lagi bermain di bibir Hakim.

Ibu perlu menjawab dengan cara yang berbeza dari jawapan sebelum ini.

"Allah ciptakan kaum lelaki kuat daripada kaum wanita, wanita ini golongan yang lemah sebab itu Allah bagi cuti rehat. Orang lelaki kaum yang kuat seperti Hakim dan abah. Allah jadikan lelaki kuat, sentiasa kena solat, baru kuat."

"Ye ke?" tanya Hakim lagi
"Iye dalam Quran ada Allah sebutkan orang lelaki itu lebih kuat dari wanita"
"Quran kat mana?"
"Ibu lupa surah apa"
"Ok nanti ibu dah jumpa ibu tunjukkan pada Hakim"
Anak ini bukan sahaja mahu penjelasan tetapi juga bukti. Nampaknya jawapan yang berpihak kepada mereka (kaum lelaki) lebih digemari anak lelaki ini.

Pernah tak anak bertanyakan soalan begini kepada ibu-ibu. Apakah jawapan yang ibu-ibu berikan kepada anak ye?


Comments

  1. mmg anak2 tanya tp sbb sy anak2 semua perempuan senang sikit. Mmg dah terangkan psl haid tu sikit2. Jd bila tak solat, diaorg pulak cakap, "Mama period ye". hehe

    ReplyDelete
  2. Em... kena terangkan sebetulnya kan...

    Saya nak terangkan tentang sistem reproduktif wanita macam belum sesuai :)

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan..
    Saya baru je baca artikel dr ustaz hasrizal saifulislam.com pasal ni..
    http://saifulislam.com/?p=257
    ^_^

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Ummu Thahirah, nampaknya ibu kena bersedia untuk jawapan yang lebih detail dan penjelasan yang benar untuk anak bujang 7 tahun ini :)
    Terima kasih atas perkongsian, boleh dijadikan panduan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.