Skip to main content

Teknik Mudah Belajar Membaca Quran dan Belajar Tajwid


Ibu pernah kongsikan di sini bagaimana ibu mengajar anak-anak mengaji. Ibu-ibu di luar lebih cemerlang dalam mendidik anak mengaji, ada yang menghantar kepada guru Quran dan ada yang mengajarkannya sendiri.

Mengajar anak kebaikan walaupun 1 huruf pasti dibalas juga dengan kebaikan. Apalagi jika mengajarkan ayat-ayat Allah. Ibubapa memerlukan kesabaran yang lebih tinggi apabila mengajar anak sendiri, ini yang selalu ibu dengar daripada kawan-kawan yang mengajar anak-anak di rumah. Ibu kagum dengan ibu yang mampu mengadakan 'homeschooling' secara formal di rumah. Itu antara cita-cita ibu, ibu cintakan dunia pendidikan kanak-kanak.

Satu huruf akan mendapat 10 pahala kebaikan, mengajarkan anak membaca basmalah yang mempunyai 19 huruf sudah mendapat 190 pahala kebaikan InsyaaAllah. Setiap hari berapa kali anak membacakan basmalah? Bayangkan setiap kali anak membacanya, pahala mengalir kepada kita yang mengajarkannya.
Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain) - Riwayat Imam Bukhari.
Hadis yang menjadi motivasi kepada ibu untuk memulakan kelas pengajian al-Quran di rumah.

Andainya pahala yang kita dapat itu seperti wang yang masuk ke akaun bank kita, sudah pasti kita berebut-rebut untuk mendapatkannya, namun 'wang' yang bernilai itu akan sampai kepada kita di akhirat nanti, InsyaaAllah.

Ibu mahu kongsikan salah satu teknik belajar al-Quran dan tajwid cara mudah menggunakan kaedah e-Iqra'. E-Iqra' kaedah belajar melalui buku dan vcd. Sesuai untuk anak juga ibubapa yang ingin mengulangkaji bacaan dengan hukum tajwid yang betul. Ibu sendiri akui kali terakhir ibu belajar tajwid semasa di sekolah dahulu sebelum mengikuti kelas al-Quran berbayar dan percuma di hujung minggu.

e-Iqra' ini mengandungi 3 buku dan 3 vcd mengikut pelajaran:

Kandungan Buku 1 dan VCD 1

Kandungan Buku 2 dan VCD 2

Kandungan Buku 3 dan VCD 3

Perkenalkan satu-satu pelajaran sahaja pada satu masa, jika tidak semua sekali anak-anak akan explore dalam masa 1 hari sahaja :)

Lepas lihat VCD dan buat pengulangan, boleh tunjukkan buku, baca dan minta anak sebut, di sini ibu sudah boleh tahu tahap penguasaan anak. Ingat jangan sesekali memaksa anak menyebut, anak-anak banyak belajar dari melihat dan mendengar. Tidak menyebut tidak bermakna anak tidak tahu....

Bacaan berbaris atas...




Bacaan berbaris bawah...


Uji minda selepas belajar bacaan berbaris atas, bawah, depan, mad, dan tanwin


Buku 2, bacaan Qalqalah...


Bacaan dengung....


Buku  3, Mad Lin...


Mad Lazim...


Mad Silah...


Mad Wajib dan Mad Jaiz


Mari lihat apa yang ada dalam VCD 1 - warna kuning


VCD 2 - warna pink


VCD 3 - warna biru


Dan banyak lagi....

Ibu sendiri gunakan buku ini untuk mengajar tajwid di samping buku rujukan yang lain. Setiap kali dalam kelas ibu sentiasa ingatkan anak-anak bahawa mengaji itu mudah dan ganjaran pahala yang diperolehi sebagai motivasi untuk anak-anak teruskan mengaji selagi hayat dikandung badan, InsyaaAllah.

Jangan lupa puji anak-anak atas usaha mereka, walaupun hanya satu bacaan yang anak boleh baca. Apabila melihat VCD hadkan masa, supaya anak tidak mudah jemu. Boleh juga selang-selikan dengan lagu-lagu atau sebut bacaan dengan bahasa badan. 

E-Iqra' ini adalah Terbitan DBP dan tidak dijual di kedai buku biasa. Pada masa ini e-iqra hanya dijual oleh pengedar ekslusif online sahaja. Boleh di dapati dari sini dan sini atau email sahaja ibu di comellote.corner[at]gmail.com juga gedungbukuonline[at]gmail.com atau SMS 013-2821450

Setiap anak adalah unik, keupayaan anak adalah berbeza-beza walaupun dilahirkan dari perut ibu yang sama :). Entry ini menceritakan satu kaedah mudah belajar quran dan tajwid, walaubagaimanapun belajar quran yang terbaik adalah dengan berguru.

~ Mendidik Generasi Qurani ~

Comments

  1. Salam :) terima kasih atas perkongsian bermanfaat. Akak introduce e-iqra' ni pd umur berapa? anak sy 2 tahun stengah masih struggle nak mengenalkan huruf hijriah (baru separuh). start agak awal tp agak mencabar nak bg mengenal semua..

    ReplyDelete
  2. @Ummu Thahirah
    Syukur pada Allah Ummu peka dengan pendidikan Al-Quran kepada anak-anak.
    Kaedah e-iqra' ini sama seperti kaedah fonetik yang banyak diajar sekarang, menyebut bunyi tanpa mengeja.. ini adalah keupayaan otak manusia yang boleh menerima perkataan tanpa perlu mengeja. DNUIA masih boleh dibaca dengan DUNIA.
    Boleh diperkenalkan seawal usia 2-3 tahun Ummu Thahirah

    ReplyDelete
  3. syukran atad perkongsian ilmu:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.