Skip to main content

Jangan Tunggu Berharta Untuk Berjasa


Alhamdulillah, segala pujian hanya layak untuk Tuhan Sekelian Alam.

Ibu tertarik dengan cerita yang ibu dengar di IKIM tengahari tadi, tentang seorang raja dan seorang ilmuwan. Raja memanggil ilmuwan tersebut dan berkata,
"Tunjukkan padaku apakah Tuhan benar-benar wujud?"
"Jika begitu yang tuanku pinta, mohon patik berada seorang diri di sini"
Lalu raja keluar dari bilik itu. Ilmuwan mencoretkan puisi indah di atas satu kertas.

Sebentar kemudian, ilmuwan meminta raja masuk ke dalam bilik dan menunjukkan puisi yang dikarang tadi.
Raja bertanya, "Indahnya puisi ini, siapakah yang menulisnya?"
"Pen ini bergerak dengan sendiri dan mencoretkan puisi di kertas ini, tuanku"
"Mustahil! Mustahil pen ini bergerak dengan sendiri. Puisi yang indah ini pasti ditulis oleh seorang penyair yang bijak pandai"
"Benar kata tuanku, puisi yang indah ini sudah tentu ditulis oleh seorang yang hebat, bagaimana dengan alam ini yang sungguh indah dan hebat, sudah tentu diciptakan oleh Sang Pencipta yang Maha Hebat"

Raja terdiam sebentar dan mengakui kebenaran kata-kata ilmuwan tadi.

Sifat manusia sukakan keindahan, semakin indah sesuatu kejadian itu semakin indah penciptanya. Seperti iphone Apple yang canggih, sudah tentu diciptakan oleh orang yang bijak dan canggih pemikirannya. Lebih hebat suatu ciptaan itu, lebih hebat juga penciptanya. Namun ramai yang lupa keindahan alam yang tiada tandingan dan tidak mampu direka oleh sesiapapun.

Andainya Tuhan yang Maha Kaya tidak pernah sedikitpun berkira-kira untuk memberi walaupun hambanya melakukan maksiat, walaupun hambaNya melakukan kejahatan, walaupun hambaNya lupa kepadaNya, nikmat dan rahmat tetap diberi.

Lalu kenapa kita sukar untuk memberi benda yang bukan hak kita? Semua yang kita ada bersifat sementara, memang inilah sifat dunia.
Jangan tunggu berharta untuk berjasa, jangan nanti sampai benar-benar memiliki baru hendak memberi. Bahagia itu pada ketenangan, kejayaan itu pada kebenaran. Sampaikanlah kebenaran untuk mendapat kebahagiaan. - Ustaz Pahrol Juoi

Ustaz Ismail Kamus pernah menyebut dalam ceramah beliau di Masjid Bandar Baru Batang Kali awal tahun hijrah baru-baru ini. Orang yang hendak memberi tetapi bersyarat adalah orang kedekut.

Nanti saya dapat bonus saya akan belanja makan
Nanti saya sihat, saya akan buat kenduri kesyukuran

Tidak perlu bertangguh untuk suatu kebaikan, kita beri Allah beri apa yang kita hajati, InsyaaAllah. Ibu juga berpesan pada diri, moga diberi kekuatan untuk lebih memberi dan jangan berkia-kira untuk memberi.

Jangan sempitkan memberi pada wang sahaja, banyak perkara yang kita boleh beri... ilmu, tenaga, nasihat, dorongan, doa. InsyaaAllah sama-sama kita berkongsi kebaikan.
Set Lengkap E-Iqra' Cara Mudah Belajar Quran dan Tajwid

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...