Skip to main content

Kisah Raja Terputus Jari: Hikmah Di Setiap Ujian

Hari ini cuaca cukup cerah, nyaman dan segar. Selamat pagi Isnin buat semua, ibu doakan hari ini adalah lebih baik daripada semalam, InsyaAllah. Ibu ingin sekali kongsikan cerita ini yang ibu baca dari buku hasil tulisan saudara Zuhairi Nopiah dan Amin Idris.


Pada suatu hari, raja itu cuba menyelami suka duka rakyatnya dengan melakukan kerja tukang kayu menggunakan gergaji, paku, pahat, dan penukul. Oleh kerana tidak biasa dengan kerja begitu, kemalangan telah berlaku dan sebatang jari raja terputus dan tidak dapat disambung kembali.

Penasihat raja datang melawat dan menasihati raja supaya bersabar. Penasihat raja menyatakan kejadian itu ada hikmahnya. Akibat terlalu marah, sang raja memecat penasihatnya serta-merta.

Beberapa bulan kemudian, sang raja pergi mengembara di hutan untuk menghiburkan hatinya yang masih sedih kerana kecacatan yang dialami. Dalam pengembaraan raja dan pengikutnya sesat dan ditangkap oleh puak kanibal.


Semua pengiring raja dibunuh dan dijadikan korban dalam sesi pemujaan puak itu. Raja seorang sahaja yang dilepaskan kerana tidak layak dikorbankan, disebabkan kecacatan yang dialami.

Raja pulang ke istana dengan hati gembira dan bersyukur. Kini beliau sedar pada hikmah kemalangan yang berlaku suatu ketika dahulu yang menyebabkan jarinya putus.

Sebagai tanda terima kasih, raja memanggil kembali penasihatnya bekerja. Namun ada suatu perkara ang masih menjadi persoalan. Lalu raja bertanya kepada penasihatnya;

"Apa pula hikmahnya kamu dipecat, wahai penasihatku?"

Penasihat raja menjawab;
" Sekiranya saya tidak dipecat, sudah tentu saya menyertai tuanku dalam pengembaraan itu. Oleh sebab saya tidak cacat, saya pasti menjadi korban dalam pemujaan itu"

Raja tersenyum dengan jawapan penasihat yang penuh hikmah itu.

Ingatlah janji Allah dalam Surah Al-Insyirah: Ayat 5
"Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kesenangan"
Ibu teringat kata-kata seorang Ustaz semasa Kuluah Dhuha di sini beberapa minggu lepas, untuk bersyukur dalam hal duniawi sentiasa pandang orang yang di bawah, untuk lebih taat dalam hal ukhrawi sentiasa pandang orang yang di atas.

Wallahu'alam.

Comments

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...