Dec 21, 2012

Pulut Nyor Ikan Kukus Goreng di Musim Hujan



Assalamualaikum salam pagi Jumaat, cerah pagi ini matahari memancar riang. Alhamdulillah selepas beberapa hari pagi mendung dengan hujan rintik-rintik.

Sudah sarapan? Nyaman bila dapat jamah pulut kelapa (pulut nyor) dengan ikan kukus goreng... mengimbau kenangan zaman kanak-kanak di kampung ketika musim tengkujuh. Pulut, ubi kayu rebus antara makanan wajib... :)

Beras pulut yang ibu beli untuk makan dengan durian asalnya (pulut durian) akhirnya menjadi pulut nyor. Anak-anak suka sangat pulut terutama puteri ibu sorang tu Aiesyah. Mudah sahaja sediakan pulut nyor ni tidak sampai 30 minit.

1. Tanak pulut dalam periuk, macam masak nasi juga cumanya letak air lebih sikit je dari pulut (biar tenggelam pulut je). Sebelum tu kena cuci bersih dulu ye beras pulut ni...jangan lupa gunakan api kecil sahaja.

2. Goreng ikan kukus. Ikan kecil ibu sudah kukus semalam dengan asam keping dan garam, nak lebih sedap letak lengkuas.

3. Kelapa parut dicampur sedikit garam.

Sudah siap dimakan.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails