Sabtu lepas, ibu berkesempatan mendengar slot ulangan Celik Mata Reset Minda bersama Prof Dr Muhaya di IKIM. Ibu tertarik untuk kongsikan berkenaan soalan seorang pemanggil yang bertanyakan pentingkah simpanan atau perlu sedekah sahaja?
Jawapan Prof lebih kurang begini (maaf jika kurang tepat, mohon betulkan); tidak perlu tertalu memikirkan tentang simpanan, Prof kurang bersetuju dengan konsep simpanan 10% daripada pendapatan. Prof ada memberikan contoh begini, seorang yang menyimpan wang 20,000 diduga oleh Allah perlu menjalani pembedahan yang memerlukan kos 40,000. Simpanan kita tidak dapat menjamin kekuatan kewangan kita, semuanya dengan izin Allah. Mungkin ada antara kita yang tiada wang simpanan, namun suka bersedekah... Allah berikan dia kesihatan yang baik sehingga hujung nyawa.
Ibu pernah terlibat dengan dunia kewangan Islam beberapa tahun yang lalu, memang kami diajar supaya membuat simpanan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan. Jika diformulakan begini:
Pendapatan - Simpanan = Perbelanjaan
Mendengarkan apa yang Prof Dr Muhaya katakan, memang ada benarnya... keyakinan terhadap Allah sangat tinggi, sedekah atau belanjakan wang ke jalan yang Allah redhai itu sama seperti simpanan yang berkekalan.
Wang simpanan mungkin akan habis, namun sedekah kekal selamanya.
Tidak ibu nafikan simpanan itu penting, bagi sesetengah individu, mesti ada simpanan tetap setiap bulan. Namun ada individu lain yang cukup belanja, Alhamdulillah...
Biar tidak dapat membuat simpanan, sedekah jangan dilupakan.
Suka ibu kongsikan tips sedekah setiap hari, jadikan ianya rutin..... sediakan 1 bag kecil atau boleh juga menggunakan sampul surat. Nama sampul itu adalah Sampul Sedekah. Masukkan setiap hari RM1 ke dalam sampul itu, cukup seminggu wang di dalamnya menjadi RM7. Sebulan menjadi RM30. Itu paling minima, boleh disedekahkan ke masjid pada Hari Jumaat atau bila-bila dirasakan perlu.
Jika boleh letakkan jumlah yang lebih besar, itu adalah lebih baik.
Tidak akan miskin orang yang bersedekah. Yakinlah kerana janji Allah itu benar.
Bak kata Dato' Ismail Kamus, Duit yang sedekah itu kita punya. duit dalam kocek/simpanan belum tentu kita punya...
ReplyDeletemenabung dengan bersedekah...boleh gitu?
(sedekah bukan duit je, sedekah dengan senyuman, kudrat tulang empat kerat dll..)
setuju sgt kak. saya dan suami sgt2 yakin dengan konsep sedekah suami saya selalu kata kalaulah kita meninggal esok, simpanan yg byk tu akhirnya orang lain yg dpt gunakan. lagi teruk kalau dijadikan brng rebutan.saya ni dulu agak berkira la juga bab2 simpanan ni tp bila dah kawin, suami saya pulak berprinsip mcm tu, pantang ada duit lebih mesti nak belikan sesuatu untuk keluarga. tp alhamdulillah rezeki sentiasa ada. malangnya dunia kita skrng diukur dengan duit semata2. menyedihkan. rumah besar, kereta besar, baju mewah. takde ciri2 zaman sahabat lagi..
ReplyDelete@Karisma Izzah
ReplyDeleteApa yang diucapkan itu sangat benar, mengingatkan akak dengan kuliah Dato' Ismail Kamus semasa Ramdhan yang lalu... apa yang kita sedekahkan itu akan kekal selamanya.....
@Amirah
ReplyDeleteAllahu Akbar, beruntung amirah punya suami yang memikirkan tentang orang lain... bukankah sedekah yang paling baik itu kepada kaum kerabat sendiri yang memerlukan?
tq for sharing. terbuka skit mata aida. aida ni memang amalkan simpanan tiap bulan. sedekah? ada, wajib! but, tak tetap. sedar diri!!!
ReplyDeleterasa nyer nak la maintain tiap bulan sedekah, spt simpanan...
tq ye...