Skip to main content

Apakah Pilihan Anda? Simpan atau Sedekah


Sabtu lepas, ibu berkesempatan mendengar slot ulangan Celik Mata Reset Minda bersama Prof Dr Muhaya di IKIM. Ibu tertarik untuk kongsikan berkenaan soalan seorang pemanggil yang bertanyakan pentingkah simpanan atau perlu sedekah sahaja?

Jawapan Prof lebih kurang begini (maaf jika kurang tepat, mohon betulkan); tidak perlu tertalu memikirkan tentang simpanan, Prof kurang bersetuju dengan konsep simpanan 10% daripada pendapatan. Prof ada memberikan contoh begini, seorang yang menyimpan wang 20,000 diduga oleh Allah perlu menjalani pembedahan yang memerlukan kos 40,000. Simpanan kita tidak dapat menjamin kekuatan kewangan kita, semuanya dengan izin Allah. Mungkin ada antara kita yang tiada wang simpanan, namun suka bersedekah... Allah berikan dia kesihatan yang baik sehingga hujung nyawa.

Ibu pernah terlibat dengan dunia kewangan Islam beberapa tahun yang lalu, memang kami diajar supaya membuat simpanan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan. Jika diformulakan begini:

Pendapatan - Simpanan = Perbelanjaan

Mendengarkan apa yang Prof Dr Muhaya katakan, memang ada benarnya... keyakinan terhadap Allah sangat tinggi, sedekah atau belanjakan wang ke jalan yang Allah redhai itu sama seperti simpanan yang berkekalan.

Wang simpanan mungkin akan habis, namun sedekah kekal selamanya.

Tidak ibu nafikan simpanan itu penting, bagi sesetengah individu, mesti ada simpanan tetap setiap bulan. Namun ada individu lain yang cukup belanja, Alhamdulillah... 

Biar tidak dapat membuat simpanan, sedekah jangan dilupakan.

Suka ibu kongsikan tips sedekah setiap hari, jadikan ianya rutin..... sediakan 1 bag kecil atau boleh juga menggunakan sampul surat. Nama sampul itu adalah Sampul Sedekah. Masukkan setiap hari RM1 ke dalam sampul itu, cukup seminggu wang di dalamnya menjadi RM7. Sebulan menjadi RM30. Itu paling minima, boleh disedekahkan ke masjid pada Hari Jumaat atau bila-bila dirasakan perlu.

Jika boleh letakkan jumlah yang lebih besar, itu adalah lebih baik.

Tidak akan miskin orang yang bersedekah. Yakinlah kerana janji Allah itu benar.


Comments

  1. Bak kata Dato' Ismail Kamus, Duit yang sedekah itu kita punya. duit dalam kocek/simpanan belum tentu kita punya...

    menabung dengan bersedekah...boleh gitu?

    (sedekah bukan duit je, sedekah dengan senyuman, kudrat tulang empat kerat dll..)

    ReplyDelete
  2. setuju sgt kak. saya dan suami sgt2 yakin dengan konsep sedekah suami saya selalu kata kalaulah kita meninggal esok, simpanan yg byk tu akhirnya orang lain yg dpt gunakan. lagi teruk kalau dijadikan brng rebutan.saya ni dulu agak berkira la juga bab2 simpanan ni tp bila dah kawin, suami saya pulak berprinsip mcm tu, pantang ada duit lebih mesti nak belikan sesuatu untuk keluarga. tp alhamdulillah rezeki sentiasa ada. malangnya dunia kita skrng diukur dengan duit semata2. menyedihkan. rumah besar, kereta besar, baju mewah. takde ciri2 zaman sahabat lagi..

    ReplyDelete
  3. @Karisma Izzah

    Apa yang diucapkan itu sangat benar, mengingatkan akak dengan kuliah Dato' Ismail Kamus semasa Ramdhan yang lalu... apa yang kita sedekahkan itu akan kekal selamanya.....

    ReplyDelete
  4. @Amirah

    Allahu Akbar, beruntung amirah punya suami yang memikirkan tentang orang lain... bukankah sedekah yang paling baik itu kepada kaum kerabat sendiri yang memerlukan?

    ReplyDelete
  5. tq for sharing. terbuka skit mata aida. aida ni memang amalkan simpanan tiap bulan. sedekah? ada, wajib! but, tak tetap. sedar diri!!!
    rasa nyer nak la maintain tiap bulan sedekah, spt simpanan...
    tq ye...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.