Cekalnya hatimu duhai anak.....
Sudah sebulan Hakim berulang-alik dari rumah ke sekolah kebangsaan, balik sekolah ke pasti (tempat ibu mengajar) dari pasti ke sekolah KAFA, dari KAFA pulang ke rumah menaiki basikal.
Jarak dari rumah ke sekolah dalam 3 kilometer, tidak jauh, ianya menggunakan jalan utama dan juga terdapat sekolah menengah sebelum sampai ke sekolah kebangsaan. 3 hari pertama abah teman Hakim berbasikal ke sekolah dengan menunjukkan jalan melalui taman perumahan.
Petang ini hujan lebat, bagaimana Hakim mahu pulang ke rumah dalam hujan? Ibu pergi meninjau keadaan di sekolah Kafa, belum sampai di sekolah, selisih dengan Hakim yang bersungguh-sungguh mengayuh dalam hujan. Bag yang digalas di belakang, habis lencun dengan kesan kotoran dari tayar basikal belakang yang tiada mudguard . Ya Allah kasihan anakku berbasikal dalam hujan, selamatkan perjalanannya.
Alhamdulillah selamat sampai di rumah dengan senyuman.
Cekalnya hatimu duhai anak.....
Terharu membacanya...
ReplyDeletebulan 2 & 3 lepas merasa juga nurin pegi & balik dr kelas kafa jalan kaki..nak suruh tunggu papa ambik kesian pula, pkl 7 br dijemput..takper la..exersice hihi
Balik jalan kaki sendiri ke dengan kawan-kawan? Aduhai ibu memang cair hati taknak tengok anak susah sikit....
ReplyDeleteMoga anak mendapat pengajaran dan kebaikan dari setiap inci perjalanan hidupnya...