Skip to main content

Memulakan Bisnes Di Rumah


Trend bekerja di rumah semakin popular sekarang ini, bukan sahaja kaum ibu tetapi juga kaum bapa.

Jika dahulu, bila ibu berada di rumah ramai yang beranggapan ibu seorang suri rumah sepenuh masa. Biar sahaja apa yang orang kata, ianya tidak menjejaskan apa yang kita lakukan di rumah. 

Ibu memulakan kerjaya di rumah sejak 2008 lagi, membuka bisnes online sejak April 2009. Tahun ini berbeza sedikit kerana ibu memulakan tugas baru sebagai pendidik di sebuah Tadika Islam berdekatan. Perancangan asal mahu meluaskan jaringan sosial di samping mencari pengalaman mengendalikan kanak-kanak pra sekolah. Ianya berlaku secara kebetulan apabila seorang guru menawarkan tugas tersebut kepada ibu selepas seorang guru di tadika tersebut berpindah mengajar. Cerita ini ibu simpan di dalam entri yang lain.


Apakah idea bisnes yang boleh dijalankan di rumah?
- Bisnes online (menjual produk secara fizikal atau dropship)
- Perkhidmatan seperti menjahit baju, langsir, cadar, sarung bantal, selimat dan sebagainya
- Membuat dan menjual kek, cupcakes, tempahan untuk majlis dan keraian
- Catering, masakan berat dan minuman petang, kuih-muih dan sebagainya

Ini antara bisnes yang boleh dijalankan di rumah, sekiranya tiada kemahiran maka bisnes online (jual produk) menjadi kelaziman ramai ibu-ibu yang memulakan perniagaan di rumah.

Apakah yang diperlukan untuk memulakan perniagaan online di rumah?
- Laptop dan kemudahan internet
- Akaun bank yang boleh menggunakan Internet Banking
- Email akaun dan no tel bimbit

Untuk permulaan hanya itu sahaja yang diperlukan, bagaimana untuk mulakan?
Buka akaun fb, cari kenalan baru, sertai group yang berkaitan
Cari peluang memulakan perniagaan secara dropship (biasanya tidak ada sebarang modal diperlukan)
Pilih barangan yang kita suka/minat untuk pasarkan.

Buka FB Page khas untuk produk tersebut
Buat 1 blog untuk produk tersebut

Pasarkan produk dengan memberikan maklumat yang jelas dan lengkap
- Nyatakan tentang produk, kelebihan kepada pengguna, bagaimana untuk pembeli, no akaun, no tel dan alamat email untuk dihubungi.

Masih lagi tidak yakin untuk mulakan? Cari ilmu, baca buku Jana RM Dari Rumah ini, atau Ebook Jana Wang Di Rumah, atau Ebook Super WAHM Super Mom



2 Ebook khas bekerja di rumah ini boleh didapati di SINI

Buku dan Ebook ini ditulis oleh Puan Masayu Ahmad seorang penulis bebas, juga seorang ibu yang bekerja di rumah.

Semoga bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...