Skip to main content

Senangnya Cakap Syukur Tapi Hakikatnya....

Saya bukanlah seorang sasterawan dan bukan seorang penyair, saya menulis hanya untuk mengingati diri sendiri dan berkongsi kebaikan dengan semua. Terima kasih yang selalu datang ke sini walaupun tidak meninggalkan jejak tapi saya tahu anda selalu singgah ke mari. Andainya kita boleh bersua dan bersembang alangkah bagusnya...

Semalam saya mendengar bicara tentang topik kebahagiaan di radio IKIM, bahagia sangat subjektif dan pengertiannya berbeza mengikut individu. Bila difikirkan balik saya berpendapat bahawa konsep syukur sangat berkait rapat dengan kebahagian. Ini adalah pendapat peribadi saya kerana bila kita bersyukur hati kita akan tenang dan tiada stress, bila tiada stress memang kita akan gembira, bila gembira maka terpancarlah kebahagiaan.

Ramai yang senang mengucapkan syukur tapi hakikatnya sukar menerima keadaan sebenarnya. Mana tidaknya setiap hari fikiran kita sering terbeban dengan macam-macam perkara yang menyesakkan nafas kita dan menyebabkan kita tidak lena tidur. Apa yang ada di depan mata dirasakan tidak cukup dan tidak puas. Memang sifat manusia tidak pernah cukup dengan apa yang ada. Gaji tak cukup, rumah tak cukup besar, kereta tak cukup selesa, anak-anak tak mendengar cakap, suami yang tidak romantik dan sebagainya.
Jika kamu bersyukur maka akan Allah tambah nikmat tetapi jika kamu kufur sesungguhnya azab Allah itu amat pedih
Cuba praktikkan begini;

Rumahku tidaklah besar mana ya Allah tapi aku bersyukur kerana inilah rumah tempat aku berlindung dari hujan dan panas sedangkan ramai lagi orang lain di luar sana yang tiada tempat berteduh, jika adapun sangat tidak sempurna.

Keretaku tidaklah mewah ya Allah tapi aku bersyukur kerana kereta yang kami ada ini baik keadaannya dan masih boleh bawa kami sekeluarga ke mana sahaja.

Suamiku hanyalah orang biasa tapi aku bersyukur Ya Allah kerana suamiku adalah seorang yang baik dan sentiasa berada di sisiku di saat aku memerlukannya, aku bersyukur Ya Allah suamiku sihat lantas aku tidak perlu menjaga dan merawatnya setiap waktu, suamiku masih boleh bekerja mencari nafkah untuk kami sekeluarga dan cukupkanlah rezeki yang Engkau berikan kepada kami

Aku bersyukur Ya Allah kerana anak-anakku sihat dan sempurna lalu aku tidak perlu keluarkan banyak belanja untuk merawat mereka seperti anak yang lain.

Banyak nyer perkara yang kita perlu syukur, kesihatan yang kita miliki sekarang sedangkan ramai orang tidak dapat berjalan, makan dan melakukan aktiviti dengan sempurna kerana sakit. Suami yang menyanyanyi kita sedangkan ramai balu yang kematian suaminya terpaksa bekerja keras menyara kehidupan mereka. Anak-anak yang kita ada adalah nikmat yang tiada nilainya kerana ramai yang berhajat untuk mempunyai zuriat sendiri tidak dikurniakan Allah.


Erti hidup adalah untuk memberi seperti kata Ustaz Hasrizal, jika kita berikan sesuatu dengan ikhlas kerana Allah kita akan dapat kembali. What You Give is What You Get, More You Give More You Will Get.


Berilah apa yang termampu oleh kita kepada orang di sekeliling kita dengan tidak mengharapkan balasan, buat sesuatu dengan niat kerana Allah. Kita tidak boleh jangka apa yang orang akan berikan kepada kita kerana jika kita mengharap kita akan ada expectation, jika apa yang dapat tidak memenuhi expectation kita maka kita akan marah, tidak puashati dan sebagainya.

Hanya Allah sahaja tempat mengadu dan boleh berikan apa yang kita mahu maka berdoa dan minta hanyalah kepada Nya.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.