Skip to main content

Lawatan Sambil Belajar ke KidZania


Ibu sekarang dalam bas bersama 5 guru yang lain membawa 44 orang pelajar/anak-anak cilik ke tempat meneroka alam dewasa, mana lagi KidZania!

Daripada pembacaan dan survey ibu di blog-blog menerusi pengalaman ibu-ibu lain membawa anak-anak mereka ke sini, terdapat bank CIMB anak-anak boleh menyimpan dan mengeluarkan duit dari sana. Ada pekerjaan yang anak-anak dibayar gaji selepas habis kerja seperti Pilot, Bomba, Pencuci tingkap, Tukang Cat dan lain-lain. Upah untuk setiap kerja berbeza mengikut kepayahan kerja agaknya.

Ada juga kerja yang anak-anak perlu bayar untuk bekerja di sana, seperti membuat burger, salon dan lain-lain) ibu belum banyak tahu lagi.

Terdapat lebih 90 pekerjaan profesional yang anak-anak boleh terokai dan rasai sendiri, memang betul-betul bandar kanak--kanak di sini. Tidak sabar untuk merasai sendiri (eh macam ibu pula nak main kan? Terlebih teruja cikgu ni)

Ibu bawa Aiesyah dan Hakim, Umar akan bersama dengan abahnya hari ini. Kesian Umar terpaksa ditinggalkan kerana ibu mahu lebih fokus kepada tanggungjawab menjaga anak-anak Pasti. Aiesyah dan Hakim sudah boleh berdikari, pandai bawa diri, InsyaaAllah.

Ada pekerjaan yang menghadkan ketinggian tertentu dan sesuai 4 tahun ke atas, ini juga menjadi faktor ibu pertimbangkan untuk tidak membawa Umar bersama. Semalam, ibu slow talk dengan Umar cakap hari ini Umar akan tinggal bersama-sama Abah. 4 tahun tidak sertai lawatan, mula-mula dia kata nak ikut, Umar dah 5 tahun! Hehe Alhamdulillah akhirnya Umar dapat terima dengan terbuka, Umar memang anak yang mudah dibawa berbincang.

Ok mari kita lihat aktiviti di KidZania yang membantu perkembangan emosi, sosial, kognitif dan psikomotor  anak-anak


Doakan kami selamat pergi dan balik, bergembira di sana.... 

Comments

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...