Skip to main content

Projek Cuti Sekolah


Salam Jumaat penuh keberkatan hari ini hari terakhir bulan Mei 2013 bersamaan 21 Rejab 1434.

Ok bila sebut cuti sekolah, ibubapa sudah pening kepala apa aktiviti yang akan dibuat masa cuti. Kecuali jika balik kampung... maka semuanya akan beres.

Ibu mahu kongsikan sedikit aktiviti kami sepanjang cuti sekolah ini. Oh hati ibu ini tiba-tiba terasa mahu terbang pulang ke kampung *mood rindu*

1. Main Tanah Liat
Ini aktiviti yang paling digemari oleh anak-anak di sekolah bila tiba waktu bermain. Ibu hairan juga kenapa anak-anak suka sangat main tanah liat? Bukan boleh makan pun kan? Walaupun bila digubah cantik dengan warna-warninya, ada juga anak yang sanggup menjilatnya!

Tanah liat ini tidak sesuai untuk anak 2 tahun dan ke bawah, biasanya anak-anak seusia ini suka merasa apa yang ada di tangan. Jika tanah liat itu dibuat sendiri dengan adunan tepung yang boleh di makan, maka tiada apa yang perlu dirisaukan. 

Biarkan anak-anak membina kreativiti mereka dengan merekacipta apa sahaya yang terlintas di fikiran mereka. 

Ini antara hasil anak-anak di rumah.

Ini pula maskot yang ibu ciptakan. Nak bagi nama apa eh?

2. Main Bola Kertas
Hobi terkini Hakim. Habis 3 buah buku dikerjakan. Buku latihan semasa darjah 1. Dibungkus kertas, padatkan kemudian kemaskan dengan saloytape. Seronok anak-anak main bola kertas, pukul kuat pun tidak sakit bila kena di badan. 

3. Main warna air dan tiup warna air guna straw
Ibu akan buat entry khas untuk ini, haritu pernah buat di sekolah... anak-anak seronok main tiup-tiup warna air, corak abstrak yang cantik terhasil. Insha Allah entry dengan gambar (kena edit gambar dulu)

4. Selesaikan buku rekod anak-anak sebelum bermula persekolahan.
Ini tidak boleh ditangguhkan lagi. Alhamdulillah markah semua sudah siap, tinggal lagi nak isi ruang penilaian kemahiran, hafazan, perkembangan dan macam-macam di situ. Melihat senang, menilai tidak sesenang itu... huhu




Setakat ini dulu, jumpa di entry yang lain-lain. Mari kongsikan dengan ibu aktiviti yang ibu-ibu jalankan sepanjang cuti.

Comments

  1. These are our activities for one week school break
    http://garlicandbutter.blogspot.com/2012/06/school-break-01-klcc-park.html

    http://garlicandbutter.blogspot.com/2012/06/school-break-02-giant-bubbles.html

    http://garlicandbutter.blogspot.com/2012/06/school-break-03-mexican-quesadilla.html

    http://garlicandbutter.blogspot.com/2012/06/school-break-04-air-day-clay.html

    http://garlicandbutter.blogspot.com/2012/06/school-break-05-mug-chocolate-cake.html

    http://garlicandbutter.blogspot.com/2012/06/school-break-06-origami.html

    http://garlicandbutter.blogspot.com/2012/06/school-break-07-camping.html

    I have a few more. Just feel free to visit my blog :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.