Skip to main content

Memulakan Sesi Belajar Membaca Di Rumah Dengan Mudah


Salam Jumaat

Anak pandai membaca seawal 5 tahun sudah tidak menjadi perkara luar biasa sekarang, malah ada kanak-kanak yang seawal 4 tahun sudah boleh membaca. Adik Nurani 3 tahun 8 bulan sudah dapat membaca Buku 8 dari siri set Membaca Bacalah Anakku.


Artikel berkenaan kaedah fonik pernah disiarkan dalam Harian Metro, artikel ini menemubual penulis serta pengasas konsep fonetik pertama di Malaysia iaitu Puan Nik Eliani dan suaminya Tuan Othman. 

Anak yang diajar menggunakan kaedah fonik secara berterusan dapat membaca dalam 3 bulan, malah mudah mengusai 2 bahasa. Kebanyakan pusat membaca mengambil masa paling lama 6 bulan sahaja untuk setiap anak belajar membaca.


Untuk baca versi online, mohon klik di sini.

Apabila mengajar sendiri di rumah, ia bergantung kepada berapa kerap sesi pembelajaran itu berlaku.


Bagaimana untuk mulakan sesi belajar membaca di rumah?

Kajian menunjukkan anak yang diberi rangsangan sejak dalam kandungan seperti dibacakan buku, al-quran dan sebagainya lebih mudah menunjukkan kecenderungan suka kepada ilmu. Apakah bentuk ransangan yang boleh dilakukan? Di dalam buku Ajar Anak Kecil Membaca Awal ada dikongsikan tentang rangsangan ketika dalam kandungan dan anak masih kecil. Bab 1 dan Bab 2 dalam buku ini.


Ibubapa yang menggunakan Set Buku Bacalah Anakku untuk diajar kepada anak-anak, perlu melihat vcd panduan dan membaca Buku Panduan sebelum memulakan sesi pembelajaran.

Saya suka mencadangkan kepada ibubapa supaya memulakan dengan VCD Lagu Fonik Abu Ada Ayam. Vcd ini sesuai untuk anak kecil seawal 2 atau 3 tahun. Anak akan seronok mendengar lagu sambil melihat gerak lirik lagu yang dinyanyikan. Anak pasti dengan mudah dapat mengikut lagu dan gerak tersebut.

Vcd Abu Ada Ayam disertakan bersama Kad Imbas Huruf beserta gambar dan lirik lagu.

Kemudian gunakan kad imbas sambil membunyikan huruf seperti dalam lagu. Apabila anak sudah kuasai bunyi huruf, ibubapa boleh perkenalkan gabung bunyi pula menggunakan kas imbas huruf tersebut.

Bagaimana untuk mengajar gabung bunyi, Puan Nik Eliani ada menyediakan videonya.



Berikan masa untuk anak mengulang dan pandai menggabung bunyi. Gabung bunyi adalah asas membaca mengikut kaedah fonik.

Sekarang baru perkenalkan buku Bacalah Anakku kepada anak. Apabila anak telah faham bunyi huruf dan gabung bunyi, anak dengan mudah dapat menguasai Buku 1 dan Buku 2 dalam set Bacalah Anakku.

Selang-selikan dengan aktiviti menggunakan Buku Aktiviti Fonetik Ekspress yang telah disusun dan disesuaikan dengan set Bacalah Anakku. Pelbagaikan aktiviti dengan melakar huruf menggunakan krayon, warna air, putik kapas, straw dan sebagainya mengikut kreativiti ibubapa.

Buku-buku yang saya sebutkan ada di sini.

Semoga bermanfaat. Jumpa lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.