Skip to main content

15 Tips Mudah Bersalin; Kongsi Pengalaman Sendiri


Bismillah walhamdulillah

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Terima kasih Allah

Kelahiran anak ke-4, Muhammad ke-3 dalam keluarga kecil kami pada 4.36 pagi Isnin 3 Syaaban 1435H

Suatu kelahiran yang dinanti selepas 40 minggu + 17 hari.

Ramai yang tanya, tak induce ke? Doktor tak marah ke? Baby ok ke lama dalam perut? Selamatkah?

Macam-macam lagi soalan yang keluar semasa menanti kelahiran bayi ini. Sehingga pada mulanya ibu sendiri keliru apakah betul apa yang ibu lakukan dengan hanya menunggu sahaja signal datang. Alhamdulillah itulah yang terbaik bagi ibu dengan sokongan suami, dan keluarga terdekat terutama ibu ayah dan ibu mertua. Allah makbulkan doa mereka supaya ibu dan bayi selamat, InsyaaAllah. Terima kasih juga kepada semua rakan yang mendoakan.

Ibu ingin kongsikan tips untuk memudahkan kelahiran atau mempercepatkan proses kelahiran. Natural Inducer bukan dengan menyerah diri bulat-bulat ke hospital dan doktor akan masukkan sejenis ubat yang dipanggil Pitocin untuk merangsang kontraksi, induce. Sekiranya berlaku komplikasi, kemungkinan pembedahan C-Sec pula yang perlu dihadapi.


Kehamilan adalah tempoh yang indah menantikan kehadiran seorang ahli baru dalam keluarga. Proses kelahiran sepatutnya menjadi suatu proses yang dinanti dengan keseronokan, bukan dengan ketakutan dan tekanan.

1. Bersama Suami
Ada segelintir yang takut untuk bersama suami terutama di hujung kehamilan. Jangan bimbang kerana ianya selamat. Air mani suami yang keluar dapat membantu melembutkan ruangan serviks untuk persediaan kelahiran. Namun, sekiranya kondisi kehamilan tidak selamat, elok dapatkan nasihat doktor.

2. Nipple Stimulation
Item no 2 ini boleh berlaku bersama item no 1. Rangsangan mengeluarkan hormon oxytocin secara semulajadi yang dapat membantu kontraksi. Semasa mandi, lalukan air 'shower' ke bahagian depan badan, ini juga boleh membantu.

3. Banyakkan Berjalan
Banyak berdiri dan berjalan membantu bayi turun dengan adanya tarikan graviti. Jadikan rutin harian berjalan terutama apabila semakin hampir dengan masa jangka kelahiran. Jangan bermalas-malasan, bimbang nanti bayi juga bermalasan hendak keluar.

4. Gunakan Gym Ball
Penggunaan gym ball boleh membantu membuka ruang pelvik, kepala bayi akan turun ke bawah dan masuk ke ruangan pelvik. Ini senaman yang paling ibu suka semasa kehamilan tempohari. Senaman yang mudah, impaknya besar. Boleh search di Youtube bagaimana senaman mudah menggunakan Gym Ball ini untuk membantu proses kelahiran.

5. Senaman Squats
Senaman ini boleh dilakukan secara santai sambil berdiri, sambil belakang bersandar ke dinding atau menggunakan gym ball di bahagian belakang. Ibu paling lama hanya 10 kali sahaja setiap sesi, nampak mudah tapi penat dan sakit peha. Jika konsisten melakukannya, pasti tiada masalah.

6. Rasberry Leaf Tea
Minuman ini membantu proses pengecutan rahim, menguatkan otot rahim, memudahkan proses bersalin, membantu semasa proses kontraksi berlaku. Banyak lagi manfaat tea ini, boleh google. Sesuai untuk ibu di hujung kehamilan dan selepas bersalin. Ada testimoni yang kata dapat menambah pengeluaran susu ibu. Ibu hanya tahu tentang RLT ini semasa 39minggu dan mula mendapatkannya (secara terdesak) dan mengamalkan 40 minggu + 9 hari kehamilan sehingga hari kelahiran.

7. Makan Buah-Buahan Tempatan
Buah-buahan seperti nenas dikatakan boleh membantu induce labor. Ibu amalkan makan nenas, mangga, betik di hujung kehamilan. Di samping membantu proses kelahiran, Alhamdulillah buah-buahan melawaskan, sesuai untuk ibu mengandung yang ada masalah sembelit.

8. Air Kelapa Muda
Petua orang lama, katanya air kelapa muda asli bertindak sebagai selusuh di hujung kehamilan. Ibu amalkan meminum air kelapa muda hampir setiap hari selepas memasuki 39 minggu kehamilan.

9. Minyak Kelapa Dara atau Minyak Zaitun
Minyak kelapa juga dikatakan bertindak sebagai selusuh untuk memudahkan proses bersalin. Kehamilan kali ini ibu tidak ambil minyak kelapa muda tetapi ibu amalkan minyak zaitun asli dalam bentuk softgel.

10. Amalan Pemakanan Sunnah
Jadikan sebagai amalan, bukan sahaja ketika hamil malah elok diamalkan selepas kelahiran. Arahan Allah kepada Maryam untuk memakan buah tamar semasa hendak melahirkan Nabi Isa A.S sudah pasti ada banyak kebaikannya. Ibu amalkan buah kurma, jus delima, madu, minyak zaitun dan habbatussauda'. Malah semasa proses kelahiran bayi ke-4 baru-baru ini, kurma masih di dalam mulut.

11. Visualisasi
Selepas kehamilan 42 minggu, ibu membuat visualisasi untuk menenangkan fikiran, rehatkan badan dan minda serta merasakan kasih sayang Allah yang menjaga kandungan ibu hingga proses kelahiran. Ibu membayangkan proses kelahiran berlaku dengan tenang, teknik pernafasan yang betul mengurangkan kesakitan, bayi keluar dengan sekali nafas, bayi diletakkan di atas dada ibu, diazan dan diiqamahkan, kemudian ibu tahnikkan dengan kurma ajwa dan memulakan proses penyusuan. Untuk detail teknik ini akan ibu ceritakan dalam satu entri khusus.

12. Membaca Al-Quran
Khatamkan 30 juzuk Al-Quran sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh kehamilan 9 bulan. Dapat 2 atau 3 kali khatam itu adalah lebih baik. Membaca Surah Maryam dan Yasin setiap hari apabila kehamilan memasuki 39 minggu sehingga kelahiran. Selain itu ibu suka bergilir-gilir membaca Surah Yusof, Surah Muhammad, Surah Luqman.

13. Berzikir
Amalan berzikir dapat tenangkan fikiran, ibu suka amalkan 3 zikir ini sahaja setiap pagi dan petang. Adakalanya ibu berzikir sebelum melelapkan mata. Amalan zikir ini boleh dilakukan bila-bila masa sahaja.
- Istighfar 100x
- Tasbih, tahmid, tahlil, takbir 100x
- Selawat 100x

14. Berdoa
Sebagai seorang muslim, berdoa adalah amalan yang tidak boleh kita tinggalkan. Doa adalah pengharapan dan permintaan khusus kepada Yang Maha Kuasa. Sesungguhnya tiada daya dan upaya kita manusia yang
lemah kecuali dengan kuasa dan keizinan Tuhan. 

15. Berbuat Baik Dengan Suami, Ibu, Ayah dan Mertua
Mohon doa daripada orang yang rapat dengan kita terutama suami, ibu dan ayah serta mertua. Minta mereka mendoakan kita supaya selamat dan mudah bersalin. Juga doa anak-anak yang tiada dosa, InsyaaAllah doa mereka mudah dimakbulkan Tuhan.

Alhamdulillah, 15 tips mudah bersalin telah saya kongsikan. Boleh dijadikan panduan sekiranya ada kebaikan. Dua kehamilan saya terlajak tarikh, anak pertama 10 hari dan anak keempat 17 hari.

EDD hanyalah anggaran sahaja, jangan takut dan terlalu tertekan dengan tarikh. Biar bayi kita sendiri yang tentukan tarikhnya. 

2 gerak penting yang ibu perlu ambil kira selepas semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja;
- gerak bayi
- gerak hati/naluri seorang ibu

InsyaaAllah, ibu doakan ibu-ibu di luar sana yang menunggu masa kelahiran selamat dan dipermudahkan proses kelahiran, hadapi dengan tenang. Ianya suatu proses semulajadi.

Wallahu'alam.

Comments

  1. tahniah kak...syukur alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...