Skip to main content

Anak Yang Baik


Bismillah

Seminggu kami pulang ke kampung meraikan Hari Raya bersama keluarga tercinta. Seminggu masih belum mencukupi untuk melawat semua saudara yang ada. Terasa cepat masa berlalu, belum puas berada di desa nan permai.

Perjalanan balik lebih membosankan berbanding perjalanan pulang ke kampung. Ikutkan hati mahu sahaja lama-lama di kampung. Apakan daya tuntutan kerja dan sekolah anak perlu diutamakan.

Biasanya dalam perjalanan ke mana-mana, ada sahaja perkara yang kami bincangkan bersama. Pengisian masa supaya perjalanan terisi dengan perkara yang berfaedah, bertukar pendapat, memahami dan menyelami hati pasangan. Antara waktu berkualiti kami berdua adalah semasa dalam perjalanan, boleh berbual bersama. Tiada gangguan gajet apabila suami memandu. Tiada bunyi bising apabila sistem audio kereta kami tidak digunakan.

Banyak perkara yang mengajar kami erti syukur. Anak-anak dan kehidupan. Bersyukur Allah kurniakan kami anak-anak yang sihat dan baik. Di kala ada ibubapa lain pening kepala memikirkan masalah anak mereka. Allah kurniakan kami anak yang baik bukan kerana kami pandai didik anak tetapi kerana kurniaan rezeki rahmat Allah kepada kami. Sama seperti hidayah yang Allah kurniakan kepada kita semua.

Allah tidak beri kita kemewahan yang melimpah tetapi kecukupan yang tidak perlu kita meminta-minta. Betapa banyaknya nikmat dan rezeki yang Allah beri, cuma kita yang tidak bersyukur.

Jika kita payah bersyukur dengan kurniaan yang sedikit, apakah kita akan bersyukur dengan yang banyak?


Tinta Ibu
Tinta Dari Hati

Comments

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Siapa nak Buku Perancangan Kewangan Keluarga? FREE jer...

Ini pertama kali saya bersiaran dari hp lama yg x berapa nak canggih ne :) tapi byk berjasa, taipan akan dteruskan walaupun ibu jari kontot ne da rasa nak krem haha kan best kalu dpt hp yg main touch2 je. Lupakan apa yg saya duk merapu tadi berbalik pada tujuan asal sy nak bg pada sesiapa shj yg berminat dgn buku perancangan kewangan keluarga yg dkeluarkan oleh bank negara. Saya percaya wanita aka ibu atau isteri adalah perancang kewangan terbaik sebuah keluarga ye lah selalunya wanita lah yg pandai beli brg time sale dan buat budget keluarga means byk mana belanja byk mana nak simpan nak dlaburkan dan sebagainya. Buku ni sgt berguna bagi saya dan mungkin juga bagi mereka yg mahu kewangan keluarga lebih teratur. Tawaran ini layak pada yg betul berminat sahaja jgn sebab free anda mahu tapi tidak berbuat apa2, baik dberikan pada yg betul2 nak. Gambar buku saya akan upload kemudian, sesiapa yg berminat bole tinggalkan komen dsini, nyatakan nama, email dan kenapa anda perlukan buku ini. ...