Aug 21, 2014

Bermain Sambil Belajar: Kebaikan Bermain Pasir



Teks: Wan Rohani

Anak-anak bermain sambil belajar. Bermain bukanlah untuk keseronokan semata-mata bagi anak-anak. Banyak perkara yang anak belajar secara langsung atau tidak langsung semasa bermain.


Apabila pulang ke kampung, antara aktiviti wajib kami akan bawa anak-anak bermain air dan pasir pantai. Namun ianya terhad dengan masa yang ada. Memang tidak dapat dinafikan, anak-anak memang gemar bermain pasir pantai. Satu atau dua jam untuk aktiviti ini memang tidak cukup.

Banyak kebaikan bermain pasir. Salah satu terapi untuk lembutkan jemari anak-anak, mengasah skil pergerakan jemari halus. Selain bermain pasir, menguntai manis, menggunting dan menampal. 


Kebaikan bermain pasir:

  • Mengasah skil pergerakan jemari halus

Menggenggam, menggempal, mengurai dan lain-lain. Ini membantu untuk aktiviti lain yang banyak menggunakan jemari halus.

  • Meningkatkan daya tumpuan dan fokus

Membina bangunan istana pasir bertingkat-tingkat, menghubungkan bongkah-bongkah pasir yang telah dibentuk supaya tidak jatuh.

  • Meningkatkan kemahiran motor halus (koordinasi mata dan tangan)
  • Perkembangan sosial emosi

Apabila anak bermain dengan adik-beradik yang lain atau dengan rakan sebaya mereka. Kita dapat lihat bagaimana anak-anak bekerjasama antara satu sama lain, meluahkan perasaan semasa bermain, bertolak ansur. Secara tidak langsung membina nilai murni dan mengajar anak memahami perasaan orang lain. Keseronokan semasa bermain, gembira dan gelak ketawa membina emosi positif anak-anak

Selain membentuk istana pasir, anak-anak juga boleh diajar membentuh huruf, nombor, membina perkataan dan sebagainya. Jelas bermain pasir dapat menjadikan anak lebih cergas dan bijak.

Tidak ramai ibubapa yang menyediakan sandbox untuk anak-anak mereka di rumah. Kawasan laman yang terhad membataskan permainan pasir di rumah. Salah satu cabaran apabila anak-anak bermain pasir adalah membersihkannya.


Menyediakan pasir di rumah
- Beli di kedai hardware, pasirnya kasar. Biasanya dibeli untuk kerja-kerja pembinaan. Kami beli untuk sukaneka tadika tahun lepas. Pasirnya keras dan kasar, sukar untuk membentuk dan membina istana pasir.
- Ambil sahaja di mana-mana pantai dan bawa balik. Pasir pantai lebih halus teksturnya berbanding pasir di kedai hardware. Masalah yang sama juga, bila dibiar lama, ia akan kering dan sukar dibentuk bila kering.



Sekarang terdapat teknologi moden yang menghasilkan pasir ajaib atau Kinetik Sand. 98% daripada kandungannya adalah pasir dan 2% adalah bahan yang menjadikan pasir ini istimewa. Mudah melekat dan mudah dibentuk. Tekstur yang sangat halus dan elastik. Seperti ada tarikan elektrostatik.

Sediakan tray yang sesuai untuk anak-anak bermain pasir.

Pasir ajaib ini perlu disimpan di dalam bekas kedap udara untuk menjaga kualitinya. Satu kilo pasir sudah cukup untuk 1 atau 2 anak-anak bermain bersama. Elakkan dari terkena air. Biarkan sahaja di bawah kipas beberapa minit sekiranya terkena air.

Boleh dapatkan Pasir Ajaib di sini

InsyaaAllah jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails