Aug 27, 2014

Ibu, Kenapa Kita Kena Mandi?


Bismillah

Baru semalam ibu ada ceritakan tentang menyuruh anak mandi. Lewat petang semalam, hampir jam 7 petang, anak-anak masih lagi belum mandi. Tuala sudah ada di bahu tapi macam biasa akan ambil sedikit masa untuk masuk ke dalam bilik air.


Seusai ibu mandikan baby Ammar, Aiesyah datang dan bertanya, "Ibu, kenapa kita kena mandi?"
Soalan yang baik memang kena pada tempatnya. Otak saya berlegar mencari jawapan yang paling sesuai sambil menyusukan Ammar.

"Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." Kata saya memulakan hujah.

"Seseorang yang tidak mandi, cantik atau comot?"

"Comot!" Jawab Aiesyah pantas.

"Betul! Bila seseorang mandi, sabun wangi, gosok gigi, pakai baju yang cantik, sikat rambut, pakai tudung, cantik tak?" Tanya ibu lagi menguji.

"Mestilah cantik" Jawab Aiesyah.

"Sebab itu kita kena mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk menjaga kebersihan dan memastikan diri kita sentiasa cantik dan kemas." Sambung ibu sambil tersenyum.

"Oh, begitu" 

Dalam kepala ibu terlupa mahu highlight kan tentang kebersihan. Boleh ibu kaitkan dengan hadis kebersihan sebahagian daripada iman yang pernah Aiesyah belajar di Pasti dulu. Tidak mengapa, asalkan Aiesyah berpuashati dengan jawapan ringkas ibu. InsyaaAllah lain masa boleh kaitkan dengan isu kebersihan pula apabila minta anak-anak kemaskan bilik. Ting! Idea.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails