Skip to main content

Rangsang Anak Gemar Membaca


Bismillah

"Anak saya sudah 7 tahun tapi masih belum pandai membaca". Antara SMS yang saya terima daripada seorang ibu yang prihatin dengan perkembangan anak mereka. Ianya bermula selepas saya berkongsi bagaimana saya mengajar anak sulung saya dahulu membaca di hujung usia 6 tahun di blog ini.

Tujuan saya tiada lain ketika itu hanyalah mahu berkongsi bahawa dengan kesungguhan, semuanya tidak mustahil. Mengambil masa sepenuhnya semasa cuti sekolah hujung tahun 2011 mengajar anak yang akan memasuki sekolah rendah membaca. Jangan malu dan rasa tertekan sekiranya mengalami situasi serupa, dengan pelbagai bahan bantu yang ada di pasaran sekarang. Tinggal lagi mahu dengan tidak mahu.

Antara kesilapan yang pernah saya lakukan dalam mendidik anak, tidak menghiraukan perkembangan anak dan hanya menyerahkan tanggungjawab tersebut bulat-bulat kepada guru di tadika.

Apabila menerima aduan daripada ramai ibu di luar sana, saya tahu bahawa saya tidak berseorangan ketika itu. Saya pegang pada kata-kata, tiada istilah lewat apabila kita mahu mulakan. Just do it!

Saya kagum dengan ibu yang prihatin, meluangkan masa mengajar anak-anak di rumah apabila ada waktu terluang. Kebanyakan daripada ibu ini adalah bekerja sepenuh masa. Salah satu tanggungjawab yang mesti dipikul oleh ibu dan bapa adalah memberikan pendidikan awal. Mengajar anak membaca adalah sebahagian kecil daripada tugasan mendidik yang lebih besar seperti mengajar anak mengenal Allah dan Rasul, solat, membaca al-Quran, akhlak dan adab.


Mengajar anak membaca juga berlaku secara tidak langsung
Saya selalu sarankan kepada ibu-ibu yang bertanya supaya biasakan membaca buku di depan anak-anak. Jadikan membaca buku cerita kepada mereka satu rutin. Anak yang didedahkan dengan buku sejak kecil lebih gemar membaca dan mudah membaca. Mulakan dari bayi dengan memperkenalkan buku yang sesuai, buku jenis kain.


Perpustakaan mini di rumah
Sediakan ruangan buku-buku di rumah. Kajian menunjukkan, rumah yang memiliki sekurang-kurangnya 20 buah buku ilmiah, menghasilkan anak-anak yang mempunyai kecenderungan bagi memasuki universiti. Pembacaan yang dimulakan di rumah adalah titik awal menimbulkan minat sukakan buku dan ilmu di kalangan anak-anak.

Hari tanpa TV
Gantikan hari tanpa TV di rumah dengan aktiviti membaca. Secara tidak langsung menggalakkan minat membaca serta mengurangkan minat menonton.

Kurangkan penggunaan Internet
Mengurangkan penggunaan Internet juga membantu anak gemar membaca. Penggunaan Internet perlu diawasi supaya anak tidak mengakses laman yang tidak sepatutnya. Hadkan masa anak-anak bagi tujuan ini.

Lawati perpustakaan awam berdekatan
Sesekali bawa anak ke perpustakaan awam. Terdapat banyak pilihan buku yang sesuai untuk anak-anak. Luangkan masa sebulan sekali menghabiskan masa dan melakukan aktiviti di sana.

InsyaaAllah sedikit usaha kita mampu mengubah persepsi anak-anak tentang buku dan ilmu.

Teks oleh Wan Rohani


Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...