Skip to main content

NASIB BAIK TAK AMBIL SPM!

Pelik bunyinya bukan, kenapa pula bernasib baik jika tidak ada SPM, bukan ke SPM tu exam yang penting menentukan halatuju kita?

Seorang lelaki bernama Kamal berusia awal 20-an sedang berlegar-legar di sebuah pusat membeli-belah untuk mencari pekerjaan, sudah hampir setahun dia mengganggur. Kamal berjalan menuju ke toilet, alahai zaman ni nak ke toilet pun kena bayar, dalam poket ada rm5 je ni kalau masuk toilet 20sen, baki lagi rm4.80 apa nak makan hari ni? Selepas melepaskan hajat, Kamal keluar dari toilet dan terlihat satu iklan yang tertulis "Penjaga tandas awam diperlukan gaji sehari RM5 dan komisen atas seorang yang masuk ke tandas rm0.05. Kelayakan minima SPM"

Kamal memegang rambutnya yang kusut masai berbau masam kerana tidak pernah menggunakan shampoo. Kerja jaga tandas pun nak SPM, habis orang macam aku yang tak ada SPM ni nak kerja apa? Mungkin boleh runding dengan supervisor ni. Kamal segera pergi berjumpa dengan supervisor penjaga tandas awam dan meminta jasa baik untuk menerimanya bekerja kerana dia sudah tidak sanggup lagi menganggur. Supervisor yang agak tegas itu tidak banyak cakap cuma berkata "tak ada SPM kami tak terima"

Mmmmm... Kamal sudah tidak tahu lagi apa yang harus dibuat, dia teringat kawan lamanya Ali yang bekerja sebagai kerani bank, mungkin Ali boleh membantunya. Ali tidaklah sesenang mana, jadi tidak banyak yang boleh dibantu. Ali memberikan Kamal 2 keping nota RM50 lalu berkata "Ini saja yang aku boleh bagi pada kamu, kamu gunalah duit ini sebaik mungkin sebab lepas ni aku tak mahu bagi kamu duit lagi!" tegas bunyinya. Kamal mengambil duit itu, mengucapkan terima kasih dan berjanji untuk menggunakan duit itu sebaik mungkin lalu beredar.

Ligat fikiran kamal memikirkan apa yang boleh dilakukan dengan RM100, nak buat modal niaga apa dengan duit sebanyak ini? Dipendekkan cerita Kamal pergi ke pasar borong, beli buah dalam kotak besar lalu menjualnya secara runcit. Lepas habis digunakan lagi duit hasil jualan beli 2 kotak buah pula dan begitulah seterusnya sehingga Kamal mampu membeli van dan menyewa tapak jualan yang lebh besar. Sekarang Kamal sudah mampu tersenyum lebar kerana dia telah menjadi tokey buah yang mempunyai lebih 10 cawangan semua di jaga pekerja-pekerja dan dia juga pembekal aka pemborong buah untuk peniaga-peniaga buah sekitar KL. Kamal kini telah menjadi seorang jutawan.

Suatu hari seorang wartawan datang untuk menemuramah dan menyiarkan kisah suka duka hidup Kamal. Apabila wartawan ajukan soalan "Macamana En. Kamal boleh berada di tahap ini sekarang?" Kamal lantas menjawab "Nasib baik saya tak ambil SPM, kalu tak mesti saya dah jadi penjaga tandas!"



Taraf pendidikan tidak menjadi ukuran ukuran untuk berjaya dalam hidup, yang penting minda untuk berjaya dan usaha kerana HIDUP BERANI UNTUK GAGAL!





Comments

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...