Skip to main content

Walker, Kebaikan atau Keburukan


Kebanyakan bayi berusia lingkungan 5 hingga 15 bulan menggunakan 'walker' termasuk juga anak-anak saya. Jika kita ke hospital atau klinik untuk pemeriksaan rutin bayi selalunya misi nurse akan mengingatkan kita
'penggunaan walker adalah tidak digalakkan kerana boleh mengakibatkan kecederaan parah kepada bayi'
Kenapa tidak digalakkan? Saya menggunakannya untuk anak-anak saya ok jer... :) Alhamdulillah mungkin kerana rumah saya tiada tangga tinggi dan penggunaannya sangat terhad (waktu-waktu tertentu sahaja).Walker adalah cara saya menangani situasi berikut:

1. Hakim atau Aiesyah bising "Ibu...! Amiklah Umar ni, Umar kacaulah Hakim/Aiesyah nak wat kerja ni!" Kerja diorang selalunya dengan buku-buku atau guli (hobi terbaru). Umar pula sangat suka mengusik kakak dan abangnya sebab dia memang suka 'rasa' buku dan guli tu :D

2. Apabila saya hendak menyapu atau mengemop

3. Anak menangis dan ibu dah tak tahu nak pujuk macamana.... konon letak dalam walker nak bagi senyap ;)

4. Anak boleh bermain mainan yang digantung di walker tersebut (bukan kah bermain boleh meransang minda bayi?)

Kebanyakan masa saya biarkan anak buat kerja mereka sesuka hati mereka jer dengan syarat tidak usik barang kerja ibu! Umar akan keras tidak bergerak jika diletak dalam walker mungkin kerana dia lebih suka meneroka di bawah kerusi meja. Walker yang ada hadiah daripada kakak semasa Hakim kecil, sangat berbaloi-baloi kerana telah 3 anak saya menggunakannya \:D/

Walker menyebabkan bayi hilang pendengaran!
Ini kisah benar adik sahabat saya yang hilang deria pendengaran selepas terjatuh tangga semasa menggunakan walker. Kesan hentakan yang kuat menyebabkan gegendang telinga bayi tersebut rosak menyebabkan hilang deria pendengaran juga tidak dapat bertutur.

Antara lain keburukan penggunaan walker bayi tidak dapat bergerak aktif mengikut kemahuannya nak main itu dan sentuh ini nak rasa itu nak makan ini cth isk camana nak amik kertas ni... nak rasanya nyerrr! Ni hitam-putih ni apa yer.. nak makan lah!


Pada saya, kebaikan dan keburukannya bergantung kepada penggunaan dan cara kita mengendalikannya. Pengawasan ibubapa atau orang dewasa sangat penting dalam hal ini. Kemalangan juga boleh berlaku tanpa penggunaan walker.

Comments

  1. mmg banyak kemalangan disbbkan walker. Waktu anak sulung sy Fathini sebenarnya tak nak beli. tapi dah MIL sibuk2 suruh beli, kami belila juga lps tu dia pula complain bila cucu lambat berjln. huhu

    ReplyDelete
  2. skrg Zahin tak suka dok walker... masa mula2, naik, dia suka langgar abg dia kat dapur... :D

    p/s : thanks ye, saya dah dpt tshirt tu...

    ReplyDelete
  3. Nur: ada situasi yg kita jadi serba salah kan? babysitter anak saya dulu suka menggunakan walker :)
    Umi: itu lah kadang terpijak tangan ke kaki sakit juga, ok tak nursing shirt tu?

    ReplyDelete
  4. betul sis. saya setuju. baik buruk nya bergantung kpd cara kita menggunakan dia.

    time anak sy dulu, dia naik walker time nk msuk 6 bulan. saya letak dia dalam walker hanya pada masa tertentu dan tak lama, time kita nak masak, sidai baju dia intai. tapi sebelum tu pastikan kawasan sekitar dia selamat.

    alhamdulillah dia berjalan time umur dia 10 bulan. merangkak sekejap, bertatih kemudian alhamdulillah berjalan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.