Skip to main content

Perlu Susukan Bayi Dengan Susu Ibu

Bismillah
Di pagi hari Rabu ini teringin pula nak ceritakan tentang kisah penyusuan bayi. Banyak juga blog dan forum yang membincangkan tentang penyusuan ibu, kenapa saya tidak mengendahkannya dahulu ketika saya melahirkan anak yang pertama? Saya hanya menyusukan anak pertama dan kedua tidak sampai setahun jagung pun. Mungkin dahulu saya tidak sedar atau separuh sedar akan kepentingan dan khasiat susu ibu yang tidak ternilai. Saya menyusu kerana naluri keibuan saya :) ya betul, apabila bayi lahir naluri keibuan menginjak-nginjak untuk menyusukan sendiri bayi kerana ada jalinan kasih sayang yang tidak terungkap ketika itu. Saya menyusukan bayi pertama sambil menitiskan air mata kerana gembira melihat bayi selamat selepas berhempas pulas berjuang :)>-

Apa yang pasti saya memang menyedari khasiat susu awal ibu yang mengandungi colostrum baik untuk pertahanan bayi. Apabila dilahirkan sahaja, saya maklumkan kepada nurse yang saya ingin susukan anak sendiri. Alhamdulillah saya tiada masalah dengan 'bekalan' susu, mungkin sebab selera makan yang tidak pernah padam :D malah semakin berselera di dalam pantang!
Saya hanya mampu menyusukan bayi pertama dan kedua sepenuhnya sekitar 5/6 bulan sahaja, bila dah mula bekerja baru lah buat EBM untuk stok keesokan hari, kadang-kadang ada yang terlebih stok untuk lusanya pula. Begitulah seterusnya sehingga stok susu saya habis dan saya sudah ala-ala malas, mula dicampurkan dengan susu formula. Bila anak sudah 7/8 bulan saya minta suami bangun untuk bancuh susu sebab saya sudah tak kuasa larat nak bangun setiap malam menyusukan anak kami. Itulah kesilapan terbesar saya dan saya masih berasa bersalah sehingga ke hari ini. Kenapa kami tidak pernah mendapat konsult daripada pakar laktasi yang ada? Kenapa tiada pun orang di sekeliling kami yang menyatakan dengan bersungguh-sungguh bahawa kami perlu menyusukan anak sepenuhnya sekurangnya setahun seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran? Mungkin inilah faktor-faktor yang menyebabkan ramai ibu tidak menyempurnakan penyusuan susu ibu, selain tiada pengetahuan dan pengalaman, tiada juga sokongan daripada keluarga terdekat dan kawan-kawan. Lebih malang jika ada ibubapa sendiri yang menggalakkan cucu mereka diberikan saja susu botol kerana bimbang cucu tidak cukup susu kerana asyik menangis setiap malam.

Jika anda ibu muda yang baru hendak menimang cahayamata atau belum menyempurnakan penyusuan susu ibu ketika anak terdahulu, maka inilah peluang untuk kita berubah. Jika dikatakan susu formula yang dijual mempunyai khasiat yang terbaik untuk anak, maka percayalah bahawa susu ibu adalah yang terbaik, tiada yang dapat menandingi. Dalam masa yang sama ibu-ibu perlu mengambil pemakanan yang baik dan jika perlu ambillah supplement yang baik untuk perkembangan dan pertumbuhan anak yang disusui. Tiada alasan untuk saya tidak menyusukan anak ke-3 ini dengan sempurna, jangan jadikan alasan bekerja untuk tidak menyusukan anak sepenuhnya. Saya kagum dengan seorang ibu yang berjaya penyempurnakan penyusuan ekslusif 2 tahun untuk semua anak-anak walaupun bekerja sepenuh masa. Boleh baca tentang khasiat susu ibu seterusnya di sini.

Comments

  1. iye la, sis... saya pun dah hampir2 putus asa melayan kerenah Zahin BF skrg nie...

    ReplyDelete
  2. Saya faham Umi sebab menyusu ini banyak cabarannya, mesti yakin dan percaya bahawa ganjaran untuk ibu lebih drpd yang kita pinta :)

    ReplyDelete
  3. Anie,
    anak sulung sy Fathini pun sy tak fully BF sbb dulu kerja full time jugok. Sy campur2 dgn FM sbb yelah org2 sekeliling lebih2 lg org2 tua yg tak galakkan. alagnkah bezanya 5 thn dulu dgn skrg. Alhamdulillah anak kedua sy fully BF sampai umur Fizah 26 bln.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah kan Nur, sekarang dah banyak galakan dan sokongan ttg penyusuan susu ibu, di hospital pun pun ada kelas penyusuan, ibu yang lepas bersalin diajar cara penyusuan yang betul dan sebagainya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.