Skip to main content

Pernah tak naik Bot Penambang?

Kalu orang pure Terengganu, dorang panggil 'bot nnambang', ada sabdu atas huruf n tu :) atau juga dikenali sebagai bot penumpang dan dikenakan tambang jika kita menaikinya. Masa bersekolah asrama dulu dari Tingkatan 1 hingga Ting. 5, saya jarang pulang ke rumah kerana kami dibenarkan pulang sekali sebulan kadang tu sampai 2 bulan baru boleh balik. Rumah saya jarak agak jauh kira-kira 2.30 jam naik bas ekspress, tapi saya selalu naik bas berenti-berenti jadinya makan masa 3-4 jam jugaklah nak sampai. Untung kawan-kawan yang tinggal dekat dengan sekolah, setiap hari Sabtu kami dibenarkan outing jadi dorang boleh balik rumah. Saya selalulah dengan muka tak malunya ikut kawan-kawan balik ke rumah mereka. Pagi-pagi 8.30 sudah keluar, lepas lepak-lepak, makan tengahari dan buat ler apa-apa yang patut petang sebelum jam 6 petang kena masuk asrama balik, jika lewat nanti ada Pengawas Asrama yang ambil nama kang tak pasal-pasal....!

Pernah ikut kawan saya si F balik ke rumah dia, yang bestnya sebab boleh naik bot nambang! Dari sekolah kena naik bas sampai bandor, jalan kaki sket pergi ke Jeti Shahbandar yang dekat dengan Pasar Payang tu ler, kadang-kadang naik beca (tu memang tahap kemalasan nak jalan kaki). Naik bot dalam 10 minit gitu dah sampai ke Kg. Seberang Takir, tambang cuma 50 sen. Sampai sana jalan kaki lagi hingga jumpa bumbung rumah F :)
Macam ni lah rupa bot nambang tu...

Kalu bawak kawan yang jenis mabuk laut, terpaksalah kitorang naik bas ke Seberang Takir tu. Kalu saya memang nak naik bot nambang lah... kat sini mana ada bot yang bayar tambang 50 sen jer... kalau kat PD bananabot adalar... :D Sekarang pun masih ada bot nambang ni, cuma rega tambang tak dapek lah 50 sen lagi kut....

Comments

  1. sy pernah naik bot "nambe" masa nak seberang sg ke Tak Bai. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.