Mar 8, 2010

Please....please....please...kamu jangan nakal!

"Please...please...please..... kamu jangan nakal" ini versi Hakim nyanyi tapi bila Aiesyah nyanyi bunyinyer ditukar begini "Please...please...please...jangan kamu nakal" :D 2 beradik ini memang berbeza jantina (of course laa...) dan sifat-sifat yang lain jugak. Ada ke 2 manusia yang diciptakan Allah punya sifat 100% sama? Eh! kalu ada lah macam tu senangnya ibu. Ini baru 3 orang anak punya 3 ragam, cuma Umar tu masih kecil belum ada ragam yang pelik-pelik.

Sekarang saya teringat mak saya yang membesarkan kami 12 beradik.. fuhh memang penyabar mak saya melayan keletah kami semua plus ayah yang tegas dan bekeng garang. Garang-garang ayah tu lah kami jadi manusia berguna sekarang, tapi garang mak ayah kita dulu tidak lah sampai pukul anak sampai lembik atau mati macam yang berlaku sekarang. Jika niat kita menjentik anak atau mencubit mereka sekadar untuk memberi pengajaran, InsyaAllah anak akan faham, tapi jika kita lakukan kerana perasaan yang marah atau geram dengan tindakan anak, mungkin anak akan buat lebih lagi.

Ibu selalu fikirkan kaedah berkesan mengajar anak-anak, selalu menggunakan kaedah traditional rasanya kurang berkesan. Jika mengajar sambil melompat dan bertepuk tangan seperti katakan A sambil berdiri tegak dan 2 tangan lurus dan bertemu di atas seperti Ultraman nak naik ke angkasa, B pula membengkokkan tangan dan kaki kiri, C membengkokkan badan sambil luruskan tangan ke depan dan sebagainya lebih mudah diingati anak kecil berbanding tunjukkan A pada buku. Apabila anak mewarna gambar Alligator, ibu bertanya "Ini huruf apa?" sambil tangan ibu tunjukkan huruf paling depan, anak melihat ibu sambil kerutkan dahi, ibu cepat berlakon seperti Ultraman nak terbang, pasti anak senyum lantas cakap "A". 

Jika anak pulang dari taska dan bertanya "Ibu huruf apa 1 batang tegak 1 kaki ke atas dan 1 kaki lagi ke bawah?" Ibu berfikir sejenak dan meneka "K" "Em..pandai...ibu" cakap si anak. Mengira dalam bahasa Arab Wahidun, Ithnani, Salasatun, Arba'atun sehingga A'asyara.. bukan lah suatu yang boleh diingat dalam masa 2-3 hari jika di ajar cara biasa, cuba melompat sambil mendepakan 2 tangan dan laungkan "Waahidun!", kemudian lompat lagi sambil tepuk 2 tangan di atas kepala seperti rama-rama tu..."Ithnani!" cuba praktikkan cara begini pasti anak mudah ingat dan ibu mudah mengah (boleh turunkan berat badan) manakan tidak jika ibu cakap cukup lah dulu hari ini, esok sambung tapi anak mahu lagi dan lagi!
Children play to learn, parents learn to play!
Notakaki: Entry ini mengambil masa hampir 3 jam utk disiapkan kerana sedikt gangguan teknikal, anak nak tidur, nak makan nasi, nak susu dan terkencing di atas tikar... :) Tawaran Buku Wang Saku & Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga masih terbuka di sini. InsyaAllah will update entry on Buku Wang Saku with pics.

3 comments:

  1. lagu apa tu "please jgn nakal"? kiut je bunyinye.

    ReplyDelete
  2. memang cute jer bunyi nyer Nur, kalu dengar anak-anak nyanyi lagi cute...

    Kalu Nur nak dengar boleh cari dalam youtube, Jangan Nakal penyanyinyer Alif Satar

    Saya pun x tau lagu ni... yg tahu please 3x kamu jgn nakal tu jer... :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails