Skip to main content

W . A . U bunyinya KITE, Jom main layang-layang

Antara dilema ibu dan anak :)

Kami ibu abah yang mengajar anak campur aduk, kebanyakan binatang di sebut dalam Bahasa Inggeris, tapi ada juga perkataan yang menggunakan bahasa ibunda aka bahasa dialek. Bila perkataan I untuk ITIK disebut I-FISH, ejaan W.A.U jadi KITE, A untuk APPLE atau E untuk EPAL, kalu ikut dialek kami panggil APPLE tu EPA, tadi hakim betulkan pronounce abahnya, bukan EPA..... APPLE lar! :)

Entry ni bukannya nak cerita cara mengeja tapi waktu bermain bersama yang sangat menyeronokkan pada musim cuti sekolah untuk anak-anak yang belum bersekolah. Kami ke padang bermain layang-layang yang letaknya tidak jauh dari bulatan Batu Caves menuju ke Kepong.
Kami sampai sekitar jam 6 petang, fuh bunyalah ramai orang, masing-masing dengan anak-anak dan kite masing-masing. Jika anak ada 3 orang, meaning mesti ada 3 kite yang parent kena beli, terkecuali untuk anak sebesar baby Umar :D
Memang penuh padang, kami pun cari 'pot' yang sesuai, lepas abah belikan kite untuk hakim dan aiesyah, abah mula tunjukkan hakim cara-cara nak main kite. Nak naikkan tu yang susah sket, bila dah di atas oklah. Risau juga tersimpul dengan kite orang-orang lain yang banyak berterabur di awan. Berterabur ke? Tengok hakim dah pandai main kite! Duk tegak jer kat padang, tangan pegang tali tapi mata melilau tengok gelagat kawan-kawan sekeliling. Abah naikkan kite aiesyah lah pulak.

Ibu... tengok tu kite hakim!
Beberapa kebaikan yang boleh diajarkan kepada anak-anak bila bermain layang-layang;

Mengagungkan Kekuasaan Allah
- Angin yang diciptakan oleh Allah sangat menyamankan, angin membuatkan badan terasa sejuk dan angin juga yang menaikkan layang-layang tinggi ke awan. Macamana nak main layang-layang kalau tak ada angin?

Kerjasama
- Lebih senang untuk menaikkan layang-layang jika dilakukan berdua. Seorang pegang kite dan terbangkan ke atas, seorang lagi pegang tali jauh di nun sana sambil menarik tali. Macamana pula nak naikkan kite seorang-sorang, pasti lebih sukarkan?

Menghargai Masa Bersama Yang Tersayang
- Aktiviti ang mengembirakan pasti akan terkesan di minda anak-anak sehingga dewasa. Hargai  masa yang abah luahkan bersama hakim untuk bermain kite hari ni, mana tahu di lain masa hakim akan teringat yang inilah masa paling best bermain kite dengan abah :)

Notakaki: Umar dah tumbuh gigi rabbit atas 2 batang, patutlah demam haritu :)

Comments

  1. ramainya main layang2. hr tu mmg hr main lyg2 ke?

    ReplyDelete
  2. Nur, takde lah hari sebab tempat tu jauh juga dengan rumah. Pergi kat situ haritu sebab Hakim duk sebut-sebut nak main kite, lagipun di situ banyak kite yang dijual.

    Sekarang kami main kat padang yg berdekatan dengan rumah je :)

    ReplyDelete
  3. Wah. Macam best je tempat ni. Banyak betul layang2 nya...

    ReplyDelete
  4. Memang best Asmahani, jika ada kesempatan datang lar... boleh main layang2 bersama :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.