Skip to main content

Tangani Masalah CD Bocor


Lama juga tak ceritakan pasal cd, emm masalah cd bocor adalah pengalaman yang hampir memutuskan semangat ibu untuk menggunakan cd suatu ketika dahulu. Rasa kecewa, marah pun ada menyesal sebab belikan cd yang cakap ok tapi bila pakai asyik bocor jer....

Ada beberapa faktor yang menyebabkan cd yang dipakai bocor, antaranya;

Pre-wash
Penting sangat untuk pre-wash tanpa sabun sebelum menggunakan cloth diapers yang baru dibeli. Ini untuk membuang segala kotoran dan kesan minyak kesan daripada proses pembuatan cd. Seeloknya dibasuh 2 kali, untuk insert saya sarankan pre-wash 3 kali. Tak perlu lama cuma basahkan dan keringkan sahaja

Pakai dengan kemas
Kenalah dipakai dengan kemas sama juga dengan dispo diapers, tapi tidaklah terlalu ketat sehingga anak sukar bernafas. Cuma pilih untuk lebih kemas darpada lebih longgar, sebab cd akan menjadi longgar sedikit selepas anak bergerak-gerak. Kemaskan di bahagian bawah peha supaya bayi tidaklah terkangkang hihi. Rujuk juga entry ini.

Pakai dalam Jangkamasa Lama
Juga menyebabkan kebocoran kerana insert sudah tidak mampu untuk menampung cecair, 1 insert bertahan sehingga 5-6 jam bagi bayi di bawah 6 bulan, tapi bagi anak setahun ke atas mungkin bertahan 3-4 jam sahaja (sekali pee jer) walaubagaimanapun ini sangat bergantung kepada kuantiti cecair yang dikeluarkan oleh anak. Ibu lebih suka kenakan 2 insert bila bayi 6 bulan ke atas dengan kombinasi insert 2 layer dan 3 layer dan mampu bertahan hingga 7-8 jam.

Kesan Sabun
Kerap mencuci cd dengan kuantiti sabun yang banyak akan meninggalkan kesan sabun di dalam cd dan insert menyebabkan cd menjadi berat. Boleh strip untuk menghilangkan kesan sabun, untuk strip sila rujuk entry ini.

Kesan softener
Jika cd dibasuh menggunakan sabun yang mengandungi softener akan menyebabkan kesan minyak melekat pada cd dan ini akan menyebabkan cd atau insert kalis air. Bagi menghilangkan kesan minyak ini, boleh digunakan sunlight sapukan sedikit, gosok rata, dan bilas bersih.

Apa lagi yer yang menyebabkan leaking? Percayalah masalah ini hanya berlaku bulan pertama, kedua atau mungkin ketiga selepas anda baru menggunakannya (Ini kes yang sentiasa pakai cd yer, kalau pakai kadang-kadang tu tak aci). Bulan ke-4 hinggalah anak belajar potty train InsyaAllah takde leaking lagi.

Comments

  1. kire klu nak basuh cd ngan sabun.. sabunpun bukanla dlm kuantiti yg byk yer..

    sebelum ni yan basuh cd tak buh sabun pun tau.. nak guna mesin.. pasal takut cd rosak ke ape ke.. hahahaa buta info tul..

    baru 2-3 bulan nila guna sabun & basuh mesin..

    selalu gak kebocoran.. pasal longgar kot.. qis badan kecik.. pehapun tecik.. dah abis button dah guna.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. xpernah guna sabun pun , campak je sekali ngan washing ball. washing ball tu dh bau wangi sb basuh ngan softlan..hanis xpenah bocor pun..

    ReplyDelete
  3. Yan,

    guna sabun 1/4 dari sukatan biasa, lar baru tahu takper jimat sabun... lagi bagus kalu tak guna sabun langsung.... alahai teciknya qis

    ReplyDelete
  4. kinsyakrn,

    cd tak boleh dibasuh dgn softlan, mula2 memang ok... bila lama2 terkesan jugak cd nanti...

    expert lar tu tak penah bocor, dulu saya selalu bocor sampai fed up

    lepas habis fasa frust tu baru dapat fasa selesa :D

    ReplyDelete
  5. x wan..cd xbasuh ngan softlan pun cuma washing ball tu je bgaul ngan softlan masa basuh baju lain. nti org ingat akak guna softlan tp xbocor plak..dah slh info tu..

    ReplyDelete
  6. oo... ok saya dah faham apa yg akak cakap tadi tu sebenarnya.. :D

    mana nak cari washing ball tu... bagi sental baju anak2

    ReplyDelete
  7. CD ni macam pampers biasa juga sikit2 kan, salah pakai, bocor la dia jawabnya. cuma dia boleh guna semula je,..jimat..jimat..

    ReplyDelete
  8. Nia,
    betul..x3 memang jimat jika kita pandai berjimat, duit diapers anak boleh masukkan dlm tabungan khas pendidikan utk depa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...