Skip to main content

Menanti Kelahiran Bayi Pertama

Tiba-tiba hari ni nak cerita pasal kelahiran anak pertama, bukan apa sebab ramai adik-adik yang sedang berdebar-debar sekarang menunggu kelahiran bayi pertama mereka.

Excitednya hendak menerima kehadiran anak pertama dirasakan sedari awal mengandung lagi. Ini adalah hadiah anniversary pertama yang paling tidak dilupakan apabila saya disahkan hamil 3 minggu!. Entry tentang pengalaman melahirkan bayi pertama saya di sini. Segala kelengkapan dan keperluan bayi disediakan sedikit demi sedikit mengikut budget dan menentukan hospital untuk melahirkan nanti.

Kelengkapan Bayi
- Barut - 10 helai
- Bedung/Selimut - 5 helai

- Cloth Diapers - 20 keping
- Nappy Liner - 1 kotak
- Wet Tissue - 1 besar, 1 kecil
- Toileteries
- Tuala - 3 helai

Pakaian Bayi
- Romper (ramai yang suka pakaikan ni sebab cuaca panas)
- Booties & Tooties
- Baby Cap
- Baby pyjamas
- Baju cantik tuk jalan-jalan :D

Lain-lain keperluan
- Set tilam dan katil bayi (ikut keperluan masing-masing)
- Kelambu bayi (ikut keperluan, saya perlukan bila pulang ke kampung)
- Infant/Baby Car Seat (ikut keperluan)

Banyakkan keperluan yang perlu disediakan? Saya senaraikan antara keperluan yang penting, tidak mengapa kerana banyak barang keperluan/pakaian bayi pertama boleh digunakan untuk bayi seterusnya pula. Sesetengah barangan perlu pandai pilih supaya tahan lama dan masih elok untuk digunakan bila mendapat bayi seterusnya.

Sewaktu melahirkan anak sulung saya belum lagi kenal dengan cloth diapers, Alhamdulillah sekarang ramai ibu bijak yang menggunakan cd untuk anak sulung dan InsyaAllah dapat terus digunakan untuk anak ke-2, ke-3 atau berapa sahaja. Banyak penjimatan yang boleh dibuat sebenarnya.

Kepada adik-adik dan sesiapa sahaja yang tak sabar menantikan kelahiran anak sulung jangan gundah gulana dan takut sebab kelahiran adalah proses normal utnuk mengeluarkan bayi yang anda kandung 9 bulan dalam rahim tu. Banyakkan berdoa minta dipermudahkan bersalin nanti, kalau boleh baca surah Maryam dan Yasin setiap hari InsyaAllah. Jangan kelam kabut, kena relax dan tenang selalu barulah proses bersalin berjalan lancar (best jer nasihat orang sendiri bila tiba tak boleh relax gak... :D )

Renung-renung dan pandang muka baby yang comel-comel ni supaya bayi yang lahir nanti comel semuanya... gambar-gambar ni semua dalam simpanan saya semasa mengandung bayi sulung dulu....

Gambar yang terakhir tu yang suka sampai letak jadi wallpaper.... :) agaknya sebab tu anak-anak sumer mata bulat-bulat. Alhamdulillah setiap anak yang dikurniakan adalah harta yang tidak ternilai, harta ini adalah amanah yang perlu kita jaga kerana kita akan dipertanggungjawabkan ke atas harta ini kelak.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...