Skip to main content

Anak Mengajar Sabar

Assalamualaiku dan selamat pagi Isnin semua, selamat bekerja semoga minggu ini lebih baik daripada minggu sebelumnya.

Hari ni nak sentuh sikit tentang anak-anak yang banyak menguji kesabaran ibubapa. Mak ibu pernah beritahu ibu dulu, jika nak tahu sabar ke tidak seorang tu tunggu dan tengok bila dia ada anak nanti.

Memang betul pun, jaga anak orang lain tidak sama dengan anak sendiri. Jaga anak sendiri memang sedikit sebanyak menguji kesabaran kita. Anak-anak ni bila dengan orang lain elok jer dengar segala arahan tapi bila dengan ibubapa depa adalah lenggok-lenggoknya nakkan perhatian dan kasih sayang yang tidak akan sama jika depa bersama orang lain.

Teringat semalam sewaktu ibu beli sedikit lauk untuk keluarga, kakak yang jual lauk tu tak habis-habis duk membebel pada anak perempuannya berusia 8 tahun sebab tak dengar cakap, asyik main saja. Apalah yang anak 8 tahun akan buat bila ada masa lapang di cuti sekolah kecuali bermain. Saya agak terkilan juga bila kakak tu berkata begini "Ni lah kalu cuti sekolah tak boleh nak control, asyik main saja tak larat nak jaga dah budak ni, baik hari sekolah, pagi sekolah petang sekolah agama, mengaji" 

Kakak ini mungkin mempunyai alasan tersendiri untuk berkata begitu tapi jika kita meletakkan diri kita sebagai anak kakak tersebut yang hanya berusia 8 tahun dan dimarahi begitu di depan kawannya (ada sorang kawannya di situ) dan di depan kawan-kawan ibunya (pembeli dan penjual di situ. Apa perasaan kita?

Kita sebagai orang dewasa pun tidak lepas dari perasaan malu bila dimarahi dan diherdik di depan orang, kanak-kanak sekecil usia juga ada harga diri, mereka juga malu jika dimarahi seperti itu di khalayak apalagi jika ibu membesarkan perangai tidak baik anak yang tidak seberapa itu.

Pujilah anak di depan khalayak tidak mengapa tapi marahi anak ketika bersendirian dengan mereka sahaja. Tips memuji berkesan di sini.

Boleh juga lihat sini tentang bagaimana menghasilkan genetik yang baik

Comments

  1. kesabaran mmg benar2 teruji bila ada anak sendiri..

    ReplyDelete
  2. setuju!! anak2 mmg penguji kesabran, moga kita semua kalangan mereka yang sabar!

    ReplyDelete
  3. Yan,
    Anak-anak adalah ujian drpd Allah kepada kita....

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah ummumishkah... sentiasa!

    ReplyDelete
  5. sangat setuju..anak sendiri mmg menguji kesabaran.
    saya hari2 doa semoga ditingkatkan kesabaran, Allah kurniakan anak untuk saya bersabar dalam semua urusan :)

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah Umi Nuha,
    moga sama-sama kita ditingkatkan kesabaran dalam mendidik anak2

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.