Assalamualaiku dan selamat pagi Isnin semua, selamat bekerja semoga minggu ini lebih baik daripada minggu sebelumnya.
Hari ni nak sentuh sikit tentang anak-anak yang banyak menguji kesabaran ibubapa. Mak ibu pernah beritahu ibu dulu, jika nak tahu sabar ke tidak seorang tu tunggu dan tengok bila dia ada anak nanti.
Memang betul pun, jaga anak orang lain tidak sama dengan anak sendiri. Jaga anak sendiri memang sedikit sebanyak menguji kesabaran kita. Anak-anak ni bila dengan orang lain elok jer dengar segala arahan tapi bila dengan ibubapa depa adalah lenggok-lenggoknya nakkan perhatian dan kasih sayang yang tidak akan sama jika depa bersama orang lain.
Teringat semalam sewaktu ibu beli sedikit lauk untuk keluarga, kakak yang jual lauk tu tak habis-habis duk membebel pada anak perempuannya berusia 8 tahun sebab tak dengar cakap, asyik main saja. Apalah yang anak 8 tahun akan buat bila ada masa lapang di cuti sekolah kecuali bermain. Saya agak terkilan juga bila kakak tu berkata begini "Ni lah kalu cuti sekolah tak boleh nak control, asyik main saja tak larat nak jaga dah budak ni, baik hari sekolah, pagi sekolah petang sekolah agama, mengaji"
Kakak ini mungkin mempunyai alasan tersendiri untuk berkata begitu tapi jika kita meletakkan diri kita sebagai anak kakak tersebut yang hanya berusia 8 tahun dan dimarahi begitu di depan kawannya (ada sorang kawannya di situ) dan di depan kawan-kawan ibunya (pembeli dan penjual di situ. Apa perasaan kita?
Kita sebagai orang dewasa pun tidak lepas dari perasaan malu bila dimarahi dan diherdik di depan orang, kanak-kanak sekecil usia juga ada harga diri, mereka juga malu jika dimarahi seperti itu di khalayak apalagi jika ibu membesarkan perangai tidak baik anak yang tidak seberapa itu.
Pujilah anak di depan khalayak tidak mengapa tapi marahi anak ketika bersendirian dengan mereka sahaja. Tips memuji berkesan di sini.
Boleh juga lihat sini tentang bagaimana menghasilkan genetik yang baik

kesabaran mmg benar2 teruji bila ada anak sendiri..
ReplyDeletesetuju!! anak2 mmg penguji kesabran, moga kita semua kalangan mereka yang sabar!
ReplyDeleteYan,
ReplyDeleteAnak-anak adalah ujian drpd Allah kepada kita....
InsyaAllah ummumishkah... sentiasa!
ReplyDeletesangat setuju..anak sendiri mmg menguji kesabaran.
ReplyDeletesaya hari2 doa semoga ditingkatkan kesabaran, Allah kurniakan anak untuk saya bersabar dalam semua urusan :)
InsyaAllah Umi Nuha,
ReplyDeletemoga sama-sama kita ditingkatkan kesabaran dalam mendidik anak2