Jun 28, 2010

Cakap Anak 3 Tahun : Fakta ke Auta?

Anak yang berusia lingkungan 3 tahun memang banyak ceritanya, dari A sehingga Z tidak kira di mana sahaja.... Cerita yang bersambung-sambung, ntah bila nak habis :D

Bila ibu tanya kenapa bila tengok anak ada kesan di dahi, maka dengan yakin dan bersungguh anak beritahu kawannya tolak, sampai jatuh longkang, bila di hari yang lain anak akan cakap cikgu dia pukul :P bila ditanya pada cikgunya jawapan cikgu adalah anak kita jatuh sendiri an berhad.

Bila ibu tengok alas meja makan ibu sudah jadi rambu-ramba kena gunting oleh si anak yang kreatif (nampak lebih cantik dengan rambu ramba tu..) anak akan bagitau abangnya yang gunting, sedangkan masa tu anak itu yang pegang gunting dan abangnya tiada di rumah.


Memori anak-anak sangat kuat, setiap apa yang berlaku, yang mereka tengok yang mereka dengar semuanya dijalin gabung menjadi satu cerita yang menarik. Daripada pembacaan ibu, anak lingkungan usia ini mempunyai imaginasi yang tinggi.

Ini bukanah bererti setiap tutur kata anak adalah auta, kerana banyaknya adalah fakta, ibu bapa boleh menilainya sendiri dari percakapan gerak geri dan perlakuan anak. Jangan terus diambil bulat-bulat, kadang-kadang ada agenda yang tersembunyi.

Percakapan anak lelaki dan anak perempuan juga sedikit berbeza ini berdasarkan pemerhatian ibu terhadap anak-anak ibu sendiri. Imaginasi dunia mereka juga berbeza, jika yang lelaki lebih kepada dunia robot, ultra, super power, kereta, motor laju dan sebagainya, jika yang perempuan pula persekitaran keluarga, kawan-kawan, anak-anak dan sebagainya.

Anak anda macamana yer....?

6 comments:

  1. suka lyn budak 3 taun cakap..tak henti2 bertanya..anak sy br dua thn 1bulan..br pandai ngadu/report.. :)

    ReplyDelete
  2. anak idah 3thn...mmg betul k.wan..kalau dapat bercakap tak berenti..A-Z dan mcm2 kisah dan pertanyaan...sampai ummi dan abi nya kekdng tak terlayan..yg adik dalam linkungan 1thn 8bulan...sokmolah ikut apa kakaknya buat...dua2 aktif..penat

    ReplyDelete
  3. kinna,
    emm anak-anak pandai mengadu... kadang bukan betul pun aduan tu hihi :D

    ReplyDelete
  4. Afiz Idah,

    anak macam tu lah lagi kalu girl.... layan jer, kalau tak layan lagi parah jadinya

    ReplyDelete
  5. salam , wan,kami tak buat printing name card wat masa ni..:)...nanti sy emel add website yg sy print kad sy nanti.Kalau wan nak kami designkan boleh lah :),kita bincang kat emel ye.

    catlina7@yahoo.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails