Jul 1, 2010

Kerja Sekolah Anak

Bila anak-anak sudah bersekolah, adalah kerja-kerja sekolah yang anak-anak perlu buat. Setiap hari apabila sampai di rumah ibu akan tanya hakim ada kerja sekolah tak? Anak mesti tahu samada ada atau tidak kerja sekolah yang mereka perlu siapkan.

Sampai jer di rumah lepas letak jer bag terus hakim ambil basikal dan mencari kawan-kawan sebaya untuk berseronok. Bila dah penat, hakim akan balik, mandi, lepas solat iqra' lepas tu buat kerja sekolah lah pulak.


Huruf apa yang hakim tulis ne?


Banyak juga kerja sekolah yang hakim perlu habiskan sampai xde mood campur dengan letih dan nak tidur. Dari sin, syin, sod, dhod, tho, thzo, ain, ghain dan setiap satu huruf tu 1 muka setengah perlu ditulis.

Anak sekecil ini kena tulis semua tu untuk satu malam? Sampai dah masam muka terutama bila nak tulis sin, syin, sod dan dhod sebab mungkin hakim rasa sukar sket nak tulis kut. Yang lain tu cepat jer siap.


Bila ibu suh siapkan hakim cakap hakim tak reti, ibu cakap yer lah tak reti tu yang kena tulis baru reti. Sebaris dua mula-mula tu kenalah ibu pegang tangan hakim untuk tulis. Hakim cakap dah sakit tangan hakim ni sebab yer lah anak-anak suka tulis tekan kuat-kuat

Tak apa hakim, biar tak reti tapi nak belajar lama-lama jadi reti daripada taknak buat langsung. Kagumnya anak ini sudah berasa tanggungjawab untuk siapkan tugasan yang diminta which is sangat bagus sebab sedikit sebanyak anak belajar menghadapi tekanan dan melaksanakan tanggungjawabnya.


Hakim masih belum dapat membaca dengan sempurna huruf sudah kenal
S.T.U.D.E.N.T dibacanya pemadam!

Belek-belek dalam pencil case hakim, penuh dengan habuk, sharp pencil dalam ni rupanya.... tapi ibu tengok banyak pencil tumpul jek...... hakim hakim


Walaupun dapat pencil case cantik masa gathering haritu tapi hakim tetap guna pencil case besar yang tak berapa cantik ni, ibu punya asalnya bagi hakim sebab nak buh color pencil semuanya dalam ni.

Anak-anak walaupun ada masa dia seperti anak kecil yang manja tapi di hati ibu hakim lah hero, tidak pernah mengeluh dengan selipar yang sudah sempit (selipar haritu kena curi) beg yang sudah rosak zipnya dan pencil case ibu yang tiada Ben-10, Ultraman segala seperti kawan yang lain punya. Hakim memang baik, ibu sayang hakim

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails